Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1742446454:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 250505
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:105:"Perbincangan tertumpu kepada proses pemindahan secara harmoni dan DBKL telah mencadangkan beberapa lokasi";}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 102
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749566711";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:1;}}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749648202";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749648202
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Tiada perobohan akan dilakukan terhadap Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman: Jakel | Scoop

Tiada perobohan akan dilakukan terhadap Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman: Jakel

Perbincangan tertumpu kepada proses pemindahan secara harmoni dan DBKL telah mencadangkan beberapa lokasi

12:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengurusan syarikat pembekal tekstil Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) menegaskan, tiada perobohan akan dilakukan terhadap Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, berhampiran Jalan Masjid India di sini.

Ketua Bahagian Undang-Undang dan Komunikasi Korporat Jakel, Aiman Dazuki berkata, perbincangan selama lebih 10 tahun dengan pihak berkaitan tertumpu kepada proses pemindahan secara harmoni.

“Sejak tanah tersebut diambil alih daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pelbagai rundingan telah diadakan bersama pentadbiran kuil berkenaan bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Perkara ini masih lagi dalam perbincangan, cuma yang saya nak tegaskan tidak ada terma perobohan.

“Kita faham sensitiviti, kita pun mahu situasi menang-menang, kita ingin menjaga kemaslahatan kedua-dua belah pihak,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Mengenai majlis pecah tanah yang dijadualkan pada 27 Mac ini, Jakel menjelaskan, ia bukan bermaksud pembinaan akan dimulakan serta-merta, sebaliknya sekadar simbolik komitmen syarikat terhadap projek tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Jakel, Datuk Syed Nasrul Fahmi Syed Muhamad berkata, isu ini masih dalam perbincangan dan DBKL telah mencadangkan beberapa lokasi untuk pemindahan kuil.

“Namun kata sepakat berhubung pemindahan itu masih belum dicapai,” katanya.

Terdahulu, DBKL memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif, kuil ini boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai.

Beliau berkata, DBKL memberi jaminan setiap langkah yang sedang dan bakal diambil selaras dengan prinsip kebebasan beragama seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Proses pemindahan akan dilakukan secara telus dan adil serta membabitkan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya.

“DBKL juga memberi komitmen untuk tidak melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur kuil di tapak tersebut,” katanya.

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, yang terletak berhampiran Jakel Mall berhampiran Jalan Masjid India, dibina pada akhir abad ke-19 dan kini wujud di antara bangunan pencakar langit di kawasan tersebut.

Difahamkan, tanah yang diduduki kuil itu dijual kepada sebuah syarikat swasta yang turut memiliki sebuah pusat beli-belah di kawasan sama. – 20 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related