Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1742535449:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 93
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 250612
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:90:"Pembayaran ini melibatkan peruntukan RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748458106";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748018604";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748458106
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
8.5 juta bakal terima Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2, mulai Isnin | Scoop

8.5 juta bakal terima Sumbangan Tunai Rahmah fasa 2, mulai Isnin

Pembayaran ini melibatkan peruntukan RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas

1:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua mulai Isnin ini (24 Mac), yang melibatkan peruntukan RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun lepas.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan 8.5 juta penerima terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa Malaysia bakal mendapat bantuan sehingga RM650 menerusi STR Fasa Dua.

“Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Peningkatan peruntukan STR dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) pada 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion, adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan sama.

Menurut kenyataan itu, penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR, akan menerima pembayaran STR Fasa Dua melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR.

“Pendekatan terkini kerajaan ialah membuka pendaftaran STR 2025 sepanjang tahun, bagi memberi ruang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan kerajaan.

“Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,” menurut kenyataan itu.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my. – 21 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Umur persaraan hakim syarie dicadang dinaikkan kepada 66 tahun

Umur persaraan Hakim Mahkamah Syariah di negara ini, dicadang dilanjutkan daripada 60 tahun kepada 66 tahun ketika ini.

Pembangkang patut semak imbang Kerajaan Perpaduan secara munasabah, ‘laksana tanggungjawab moral anda’: Najwan

Pembangkang dicabar memainkan peranan mereka sebaik mungkin untuk melakukan ‘semak dan imbang’ dengan munasabah dalam situasi kestabilan pentadbiran ditunjukkan Kerajaan Perpaduan ketika ini

Trailer filem pelakon Tamil Vijay raih 1 juta tanda suka dalam 21 minit di YouTube

Dalam satu pencapaian yang luar biasa, trailer filem terbaharu pelakon Tamil Vijay bertajuk Leo telah memecahkan rekod dengan menjadi trailer filem India yang paling pantas mendapat sejuta tanda suka di YouTube

Related