Mahkamah tangguh perintah pengosongan premis Kampung Sungai Baru

Keputusan itu dibuat sehingga rayuan yang difailkan penduduk didengar dan diputuskan

8:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membenarkan penangguhan sementara pengosongan premis di Kampung Sungai Baru, di sini, yang sepatutnya dibuat sebelum 10 pagi esok.

Keputusan itu dibuat sehingga rayuan yang difailkan penduduk didengar dan diputuskan.

Permohonan itu melibatkan tiga penduduk mewakili empat unit flat. Keseluruhannya terdapat seramai 108 penduduk yang terkesan dalam isu ini, lapor Malaysia Gazette.

Menurut peguam yang mewakili penduduk, Azura Mokhtar, permohonan itu difailkan bagi memastikan proses pengosongan tidak dilakukan sebelum Mahkamah Rayuan membuat keputusan terhadap rayuan yang dikemukakan oleh penduduk mengenai kesahihan pemilikan unit oleh pemaju.

“Mahkamah hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara dan pihak peguam akan memfailkan afidavit jawapan serta afidavit balasan sebelum perbicaraan penuh bagi permohonan ini pada 22 April 2025,’’ katanya.

Sebanyak 108 penduduk di flat dan rumah teres di situ telah diarahkan mengosongkan premis mereka dalam masa 14 hari.

Pemilik dan penduduk Kampung Sungai Baru sebelum ini beberapa kali diarahkan berpindah daripada kediaman mereka.

Terletak berhampiran Saloma Link dan stesen transit aliran ringan (LRT) Kampung Baru, Kampung Sungai Baru terdiri daripada 98 rumah teres pegangan pajak dan 264 unit flat merangkumi lapan blok.

Laporan sebelum ini menyebut proses pengambilan tanah adalah berdasarkan Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) bagi 110 unit melibatkan 37 lot teres, 72 unit flat dan satu lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah selesai pada 30 Ogos 2023. –
Pada 13 November 2024, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pampasan kepada pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru akan dilaksanakan mengikut dua kaedah.

Menurutnya, ia berdasarkan keputusan sama ada pemilik bersetuju dengan pembangunan dilaksanakan di kawasan itu atau sebaliknya.

“Pampasan untuk pemilik yang bersetuju dengan usaha sama pembangunan adalah lebih tinggi kerana nilai itu didasarkan nilai masa depan hartanah di Kampung Sungai Baru.

“Sebaliknya, pampasan untuk pemilik yang menolak pengambilan tanah ditentukan berdasarkan nilai pasaran semasa mengikut peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH),’’ katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat. – 25 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Pardons Board should disclose reasons behind Najib’s sentence reduction, urges Ramkarpal

The Pardons Board should disclose the reasons behind its decision to grant ex-prime minister Datuk Seri Najib Razak a reduced prison sentence and fine, said Bukit Gelugor MP Ramkarpal Singh.

FashionValet’s RM43.9 mil loss sparks public scrutiny over co-owner Vivy Yusof

Social media users demand explanation from Duck, Lilit founder on how Khazanah, PNB’s RM47 mil investment was managed

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Related