Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1743050460:30
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 251183
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:198:"Perdana Menteri berkata cara penyelesaian untuk isu tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bukan tanda kelemahan seperti yang dikatakan sesetengah pihak tetapi menunjukkan kebijaksanaan, kekuatan agama";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => kuil
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 61
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 92
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748442887";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748100259";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:15;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748442887
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_wp_old_slug] => Array
        (
            [0] => penyelesaian-isu-kuil-menunjukkan-kemuliaan-islam-bukan-bertujuan-menunjuk-kemenangan-anwar
            [1] => penyelesaian-isu-tapak-kuil-masjid-menunjukkan-kemuliaan-islam-bukan-bertujuan-menunjuk-kemenangan-anwar
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
Penyelesaian isu tapak kuil-masjid menunjukkan kemuliaan Islam, bukan keangkuhan: Anwar | Scoop

Penyelesaian isu tapak kuil-masjid menunjukkan kemuliaan Islam, bukan keangkuhan: Anwar

Perdana Menteri berkata cara penyelesaian untuk isu tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bukan tanda kelemahan seperti yang dikatakan sesetengah pihak tetapi menunjukkan kebijaksanaan, kekuatan agama

11:57 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyelesaian dicapai dalam isu berkaitan tapak Masjid Madani di Jalan Munshi Abdullah, di sini bukanlah bertujuan untuk menunjukkan kemenangan atau keangkuhan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata, penyelesaian dicapai dalam isu yang mencetus kontroversi itu menunjukkan kebijaksanaan, kekuatan dan kemuliaan Islam.

Jelasnya, cara penyelesaian terbaik membabitkan isu tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman bukanlah tanda kelemahan seperti didakwa sesetengah pihak.

“Ini bukan cerita nak tunjuk kemenangan kita ini, ini kita kena ingat sebagai umat Islam. Kemenangan kita ini bukan kerana keangkuhan tapi kemuliaan Islam.

“Itu bagi saya falah (kejayaan) sebenarnya, falah itu bila kita dapat muncul sebagai contoh yang baik.

“Ini orang Islam peribadinya baik, ihsan penyayang adil bukan contohnya bengis dan benci, ini tidak pernah menjadi dasar tapi apa yang akhirnya didirikan masjid atas wakaf, kuil dipindahkan hasil rundingan yang baik, ini yang kita telah capai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid MADANI di Jalan Munshi Abdullah di sini hari ini.

Terdahulu suasana di sekitar Masjid India kekal tenang sewaktu majlis perasmian peletakan batu asas bagi pembinaan Masjid Madani oleh Perdana Menteri.

Kawasan berkenaan walaupun lebih sibuk daripada biasa namun suasana majlis berangsung dalam keadaan harmoni, begitu juga di sekitar Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

Selain itu Perdana Menteri berkata, kerajaan memilih untuk menjaga harmoni dengan menggesa pihak yang berkaitan melakukan rundingan dengan baik.

“Arahan saya konsisten dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan Kementerian Wilayah Persekutuan, runding dengan baik dengan apa cara.

“Runding dengan baik itu bukan tanda kelemahan, (hingga) disanggah oleh sebahagian kelompok, penyelesaian secara aman, beradab, berakhlak itu nilai Madani

“Kemelut ini, rakan-rakan dalam Jemaah menteri pun tahu, dari awal saya kata tegas, runding ya, tolak ansur ya tapi tidak berganjak daripada keputusan kita bahawa masjid wajib didirikan di sini.

“Tapi harus ada hikmah belajar dan sedikit sebanyak pengeseran itu , Jakel cari jalan, adakan majlis bawa semula persahabatan kita.

“Saya tahu dalam reaksi beberapa kalangan baik kelompok Islam mahupun kelompok hindu yang agak melampau, yang tidak peduli, lontar apa yang disebut dalam media sosial tanpa memikirkan apakah benar, apakah fakta itu betul?.

“Negara ini harus tegak sebagai negara yang aman yang keselamatannya terjamin, baru boleh kita angkat, hapuskan kegiatan jenayah, orang boleh berjalan malam dengan selamat. Jadi keamanan ini harus kita pupuk,” katanya.

Pada 20 Mac lalu, media melaporkan proses perbincangan mengenai perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah milik Kumpulan Jakel berjalan dengan harmoni di antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan DBKL.

Kelmarin, pihak jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India mencapai persetujuan dengan DBKL untuk berpindah ke tapak baharu berdekatan kawasan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata tapak berkenaan terletak berhampiran kuil sedia ada dengan keluasan 4,000 kaki persegi. – 27 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Asiad: CDM confident contingent can achieve target of 27 medals

The Malaysian contingent to the Asian Games is confident they can achieve the target of 27 medals, with eight hari of competition remaining before the closing ceremony on Oktober 8.

[LIVE] Nik Elin v Kelantan: justices void 16 out of 18 provisions, over 500 gathered outside

The justices rule that only two Sections out of 18 provisions contended are legal, which are Section 13 (selling or giving away a child to non-Muslim or morally reprehensible Muslim) and Section 30.

Haji Furada: Hajar Sazrul Travel & Tours diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan

Mereka terdiri daripada kumpulan 15 individu yang telah berlepas ke Jeddah selepas menerima e-visa namun terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz kerana visa terbabit adalah palsu manakala 10 lagi belum berlepas kerana tidak menerima e-visa walaupun sudah menjelaskan semua bayaran pakej haji dalam insiden pada 2019

Related