Jika bawa ke mahkamah sudah pasti Masjid Madani tidak boleh dibina sekarang: Dr Zaliha

Jika isu ini boleh diselesaikan dengan perundangan, kenapa dari dulu tidak diselesaikan?: soal Dr Zaliha

9:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jika isu pertikaian tanah di Jalan Munshi Abdullah, di sini dibawa ke mahkamah, sudah pasti Masjid Madani tidak boleh dibina sekarang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Malah, katanya, jika isu berkenaan boleh diselesaikan dengan perundangan, kenapa dari dahulu ia tidak diselesaikan.

Ia juga, ujar beliau, akan mengambil masa yang lama lagi jika perundangan digunakan dalam pertikaian tanah terbabit.

“Jika bawa ke mahkamah, sudah pasti masjid tu tak boleh dibina sekarang. Akan mengambil masa yang lama lagi.

“Ambillah pendekatan berhemah dalam memberikan pandangan pun. Jika boleh selesaikan dengan perundangan, kenapa dari dulu tidak diselesaikan? Islam itu agama hikmah,’’ katanya.

Dr Zaliha Mustafa menjawab komen-komen dalam hantaran di Facebooknya yang mempersoalkan kenapa tindakan undang-undang tidak diambil dalam isu pertikaian melibatkan Jalan Munshi Abdullah, di Kuala Lumpur. – Tangkap layar dari Facebook, 27 Mac, 2025

Zaliha berkata demikian ketika menjawab komen-komen daripada netizen di dalam Facebook beliau yang mempertikaikan kepada saluran undang-undang tidak digunakan dalam isu melibatkan tanah Masjid Madani di Jalan Munshi Abdullah.

Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel mengakui pada awal pihaknya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang menduduki tanah milik syarikat tekstil itu secara tidak sah.

Ini kerana, kata beliau, pihaknya sudah menunggu sehingga 11 tahun bagi pembinaan masjid terbabit. Bagaimanapun, hasrat itu tidak diteruskan atas nasihat Zaliha.

“Kami menunggu selama 11 tahun dan kami ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap jiran kami ini (Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman), tetapi dihalang oleh Dr Zaliha yang mengatakan ini akan menjadi satu isu besar membabitkan kaum.

“Beliau sarankan saya jumpa terus dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani di Jalan Munshi Abdullah di sini, hari ini.

Majlis Pecah Tanah Pembangunan Masjid Madani hari ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 20 Mac lalu, media melaporkan proses perbincangan mengenai perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah milik Kumpulan Jakel berjalan dengan harmoni di antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan DBKL.

Pada Selasa, pihak jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India mencapai persetujuan dengan DBKL untuk berpindah ke tapak baharu berdekatan kawasan itu.

Tapak berkenaan terletak berhampiran kuil sedia ada dengan keluasan 4,000 kaki persegi. – 27 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related