Malaysia sedia hulur bantuan kepada Myanmar, Thailand: Anwar

Malaysia juga sedang memantau rapat perkembangan di selatan Yunnan, di China, di mana gegaran turut dirasai dan kerosakan struktur telah dilaporkan

9:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan menyokong usaha kemanusiaan yang diperlukan susulan kejadian gempa bumi kuat di Myanmar dan Thailand, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga sedang memantau rapat perkembangan di selatan Yunnan, di China, di mana gegaran turut dirasai dan kerosakan struktur telah dilaporkan.

“Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan takziah yang sedalam-dalamnya kepada semua yang kehilangan insan tersayang, serta doa kami buat mereka yang cedera dan kehilangan tempat tinggal.

“Malaysia berdiri teguh dalam solidariti bersama negara jiran dan sesama negara anggota Asean.

“Kami mengambil maklum pengisytiharan darurat oleh pihak berkuasa di Myanmar serta penetapan Bangkok sebagai kawasan bencana oleh kerajaan Thailand,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut laporan media, gempa bumi kuat dengan magnitud 7.7 melanda Myanmar pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu), seperti dilaporkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gempa susulan dengan magnitud 6.4 menggegarkan kawasan sama beberapa minit kemudian.

Gegaran daripada kedua-dua gempa bumi itu dilaporkan turut dirasai di Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh City.

Sementara Wisma Putra dalam kenyataannya memaklumkan Malaysia, melalui kedutaannya di Yangon dan Bangkok sedang memantau dengan rapat situasi susulan gempa bumi kuat yang melanda Myanmar dan negara jiran Thailand pada Jumaat.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera berdasarkan pemeriksaan awal.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu, menerusi sokongan kuat negara serantau, beliau berharap negara yang terkesan dalam saat duka diberikan ketabahan dan pemulihan segera.

“Saya amat prihatin dengan gempa bumi kuat yang melanda tengah Myanmar dan utara Thailand, yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis serta kemusnahan teruk di Mandalay, Bangkok dan kawasan sekitarnya,’’ katanya. – 28 Mac, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related