Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1743406769:30
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 93
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 251512
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:75:"Zafrul, bakal menamatkan tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada Disember ini";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749551578";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:10;i:1;i:17;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749893033";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749893033
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_stopmodifiedupdate] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_modified_date] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [footnotes] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [response_body] => Array
        (
            [0] => {"id":"1ae0db8c-f7f4-4496-a216-7d653345afa7","external_id":"154b4906-0199-a078-b867-00ac88485918","warnings":["You must configure iOS notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to iOS users.","You must configure Android notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to Android users."]}
        )

    [status] => Array
        (
            [0] => 200
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Rombakan Kabinet selepas pemilihan PKR? Tetap kena buat untuk isi kekosongan Zafrul: penganalisis | Scoop

Rombakan Kabinet selepas pemilihan PKR? Tetap kena buat untuk isi kekosongan Zafrul: penganalisis

Zafrul, bakal menamatkan tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada Disember ini

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR Perubahan dalam senarai kepimpinan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dijangka memungkin rombakan Kabinet dilakukan, dengan penganalisis melihat ia mungkin akan dilakukan seawal pertengahan tahun ini.

Bercakap kepada Scoop, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Mazlan Ali berkata, DAP baharu sahaja mengadakan pemilihan dan pada Mei, PKR juga akan menjalankan pemilihan pada Mei ini.

“Antara faktor pendorong bagi rombakan ini termasuk perubahan dalam senarai kepemimpinan parti komponen Pakatan Harapan yang mana DAP baru sahaja selesai dan seterusnya selepas ini PKR.

“Malah, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz juga akan menamatkan tempoh khidmat sebagai Senator berikutan sudah mencapai had dua penggal, lantas menyuntik keperluan kepada rombakan Kabinet,” katanya ketika dihubungi Scoop.

Profesor Madya Mazlan Ali berkata antara faktor pendorong bagi rombakan ini termasuk perubahan dalam senarai kepemimpinan parti komponen Pakatan Harapan yang mana DAP baru sahaja selesai dan seterusnya selepas ini PKR. – Gambar fail, 30 Mac, 2025

Beliau berkata,dengan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) yang berbaki dua tahun lagi maka ia disifatkan tempoh wajar bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkemas barisan Jemaah Menteri dengan melaksana rombakan Kabinet.

Jelasnya, Perdana Menteri mahukan satu pasukan Kabinet yang boleh bekerja untuk berdepan PRU-16.

“Justeru Anwar memerlukan satu tempoh untuk Kabinet baharu itu memastikan apa yang dirancang untuk rakyat itu sampai.

“Beliau mahu memastikan rakyat berada dalam keadaan berpuas hati dengan pentadbirannya supaya memperoleh kepercayaan tinggi untuk terus mengekalkan kuasa,” katanya.

Sebelum ini terdapat ura-ura bahawa Anwar akan melakukan rombakan kecil dalam Kabinet susulan keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP baru-baru ini.

Antaranya Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying yang hanya menduduki tempat 31 daripada 64 calon yang bertanding. Hui Ying adalah anak kepada veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Manakala Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteeri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran tidak mempertahankan jawatan dalam CEC bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Bagaimanapun, pada 17 Mac lalu, Perdana Menteri memberi bayangan tiada rombakan Kabinet akan berlaku meskipun terdapat perubahan kepimpinan dalam CEC DAP bagi penggal 2025-2028.

Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi berkata, sudah pasti ada keperluan untuk rombakan Kabinet bagi menggantikan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. – Gambar fail, 30 Mac, 2025

Sementara itu penganalisis politik dari Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi berkata, rombakan Kabinet tetap perlu dilakukan susulan kekosongan yang bakal ditinggalkan Tengku Zafrul.

Zafrul, bakal menamatkan tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada Disember ini. Beliau sebelum ini telah dicalonkan sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi penggal 2025-2029.

“Sudah pasti ada keperluan untuk rombakan Kabinet bagi menggantikan kekosongan tempat Zafrul.

“Pandangan saya tempat Tengku Zafrul boleh diambil oleh Datuk Seri Johari Ghani yang dilihat ahli politik yang berpengalaman daripada Umno,” katanya.

Beliau berkata, Tengku Zafrul yang dikhabarkan akan menyertai PKR bakal memberi nilai tambah kepada parti itu termasuk berhadapan PRU-16.

“Beliau mewakili golongan elit dan teknokrat yang melangkaui parti tapi ini beliau perlu perjelaskan kepada akan hala tuju politiknya yang lebih jelas kepada mana-mana akar umbi parti ingin disertai agar dapat diterima umum.

“Beliau juga mungkin sukar menang (berdasarkan sejarah bersama Umno), kecuali diletakkan di kawasan selamat PKR, namun lebih ramai lagi calon dalam parti PKR sendiri sudah lama berjuang dan menanti giliran untuk bertanding,” katanya. – Mac 31, 2025

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related