Kebakaran saluran gas: PM arah kerajaan negeri, agensi salur bantuan pada mangsa

Perdana Menteri berkata beliau telah meminta kerajaan negeri dan agensi terbabit untuk menghulurkan bantuan yang sewajarnya

2:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan negeri Selangor serta agensi yang terlibat untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang dipindahkan susulan kebakaran saluran paip di Putra Heights, Subang Jaya, pagi tadi.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mendoakan urusan semua petugas dalam kejadian berkenaan dipermudahkan.

“Mendoakan urusan semua para petugas di Putra Heights dipermudahkan.

“Saya juga meminta Kerajaan Negeri serta agensi terlibat beri bantuan sewajarnya kepada mangsa yang dipindahkan,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Mohd Zaini Abu Hassan memaklumkan seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi.

Mereka yang cedera, katanya, melibatkan penduduk di Taman Harmoni dan Kampung Kuala Kuala Sungai Baharu.

“Daripada 112 mangsa itu, 63 orang dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut akibat melecur dan masalah pernafasan serta luka.

“Bakinya iaitu 49 mangsa menerima rawatan awal di kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi Khas JBPM dan PDRM di sini hari ini.

Mohd Zaini berkata setakat ini, dua pusat pemindahan sementara dibuka iaitu Masjid Nurul Iman dan Masjid Putra Heights bagi menempatkan mangsa yang terjejas. – 1 April, 2025

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related