Kebakaran Putra Heights: Rumah ibadat jadi pusat rawatan sementara, PPS

Mangsa yang mengalami cedera ringan, seperti melecur, luka dan sukar bernafas yang ditempatkan di rumah ibadat itu diberikan rawatan awal oleh petugas kesihatan sebelum dibawa ke hospital

6:16 PM MYT

 

SUBANG JAYA –  Sebuah rumah ibadat di Persiaran Harmoni di Putra Height, Subang Jaya di sini dijadikan lokasi sementara bagi menempatkan mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya untuk mendapatkan rawatan awal.

Tinjauan Bernama mendapati mangsa yang terdiri daripada pelbagai kaum dibawa oleh pihak berkuasa dan orang ramai ke Kuil Sri Maha Kaliamman dekat sini yang terletak berhampiran pusat operasi bomba.

Mangsa yang mengalami cedera ringan, seperti melecur, luka dan sukar bernafas yang ditempatkan di rumah ibadat itu diberikan rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan sebelum dihantar ke hospital, antaranya di Serdang, Cyberjaya dan Putrajaya.

Orang ramai yang kebanyakannya penduduk sekitar kawasan terjejas turut berganding bahu membantu mengawal lalu lintas di beberapa laluan bagi memudahkan jentera bomba, polis dan ambulans keluar masuk di lokasi kejadian.

Sementara itu, Masjid Al Falah USJ 9 menerusi hantaran di laman Facebook turut memaklumkan pihak pengurusan setuju untuk masjid berkenaan dibuka bagi penduduk berehat dan mendapatkan perlindungan sementara.

Menurut hantaran itu, mangsa boleh menghubungi pihak masjid atau terus ke masjid berkenaan untuk sebarang bantuan.

Masjid Nurul Iman dan Masjid Putra Height turut dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu dengan 63 orang dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Selain itu, 49 lagi mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.

Pada 8.10 pagi tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan berhubung kejadian itu dan seramai 78 anggota dan 22 aset dihantar ke lokasi.

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – 1 April, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related