Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1743588433:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 251877
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:124:"Kesuma turut menyeru majikan sektor swasta untuk mempertimbangkan pemberian cuti ehsan bergaji bagi suatu tempoh yang sesuai";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 64
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752032025";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:3;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752232899";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752232899
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kebakaran saluran gas: Pekerja terjejas digalak mohon aturan kerja fleksibel: Kesuma | Scoop

Kebakaran saluran gas: Pekerja terjejas digalak mohon aturan kerja fleksibel: Kesuma

Kesuma turut menyeru majikan sektor swasta untuk mempertimbangkan pemberian cuti ehsan bergaji bagi suatu tempoh yang sesuai

6:06 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menggalakkan para pekerja yang terjejas dan tidak dapat hadir ke tempat kerja dalam tempoh pemulihan susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya memohon kepada majikan untuk Aturan Kerja Fleksibel (AKF).

Kementerian itu memaklumkan langkah tersebut diperuntuk di bawah Seksyen 60P Akta Kerja 1955 dari aspek perubahan waktu kerja, hari bekerja atau tempat bekerja.

“Dalam hal ini, Kesuma menyeru agar majikan memberi pertimbangan yang baik dengan mengambil kira waktu kesulitan yang mereka sedang lalui dan meluluskan permohonan pekerja terbabit bagi satu tempoh yang sesuai,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesuma turut menyeru majikan sektor swasta untuk mempertimbangkan pemberian cuti ehsan bergaji bagi suatu tempoh yang sesuai supaya pekerja terbabit dapat menguruskan hal berkaitan kerosakan dan kehilangan harta benda mereka.

Kenyataan itu menyebut majikan dan pekerja yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan isu perburuhan boleh menghubungi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia berdekatan atau talian 03-8886 5192 untuk bantuan serta penjelasan mengenai hak-hak pekerja dalam situasi tersebut.

Kesuma memaklumkan jabatan dan agensi di bawahnya telah digerakkan untuk bekerjasama dengan badan kerajaan lain bagi memberi sokongan penuh kepada mereka yang terjejas serta memastikan langkah keselamatan diambil untuk melindungi keselamatan pekerja selain mempercepat pemulihan mereka.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah ke lokasi kejadian sebaik insiden dilaporkan serta memulakan siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan tanggungjawab majikan dalam memastikan keselamatan pekerja di tempat kerja.

“Sebagai tindakan segera, JKKP telah mengeluarkan satu Surat Arahan Larangan Kacau Ganggu dan lima Notis Larangan pada setiap injap blok di lokasi kejadian,” katanya.

Sebarang pelanggaran boleh mengakibatkan pelaku berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000.

Pada masa sama, KESUMA memaklumkan Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Prihatin juga telah digerakkan ke pusat pemindahan sementara di Putra Heights dan sembilan hospital sekitar Selangor sebaik insiden dilaporkan untuk menghulurkan bantuan sokongan kepada mangsa yang mengalami trauma serta kesan fizikal akibat kebakaran itu.

KESUMA turut memaklumkan PERKESO telah mengenal pasti mangsa yang mencarum untuk menerima faedah Skim Keilatan dan sedang dalam proses menguruskan pembayaran.

Pencarum terbabit boleh membuat semakan tuntutan di bawah skim perlindungan sosial PERKESO termasuk faedah Hilang Upaya Sementara dan Hilang Upaya Kekal, tertakluk kepada tahap kecederaan yang dialami.

Semakan boleh dibuat dengan menghubungi pusat panggilan Talian Khidmat Pelanggan PERKESO iaitu 1-300-22-8000. – 2 April, 2025

Topics

 

Hangat

Sim Tze Tzin seeks PKR veep post, vows to strengthen party’s future

Bayan Baru MP declares candidacy, drawing on decades of reformist struggle and unwavering loyalty to the party

Rules on p-hailing charges, riders’ earnings coming: Transport Ministry

Regulations being drafted now that amendments to Land Public Transport Act on expanding regulatory control over the industry are in force

Ticket prices no excuse: fans urged to support Harimau Malaya

Ticket prices should not be an issue for loyal football fans flocking to the stadium tomorrow to support Harimau Malaya in the opening Group D match against Kyrgyzstan in the second round of the 2026 World Cup/2027 Asian Cup Qualifiers.

Related