Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1743678730:22
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 85
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99398
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99398
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:131:"Rumah yang dianggap selamat untuk didiami akan mempunyai utiliti dan bekalan air yang disambung semula, kata Menteri Besar Selangor";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 252025
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752709868";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:23;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752991948";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:17;i:1;i:6;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 6
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752991948
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kebakaran Putra Heights: 85 isi rumah dibenar pulang, ada yang masih terlalu trauma | Scoop

Kebakaran Putra Heights: 85 isi rumah dibenar pulang, ada yang masih terlalu trauma

Rumah yang dianggap selamat untuk didiami akan mempunyai utiliti dan bekalan air yang disambung semula, kata Menteri Besar Selangor

5:46 PM MYT

 

SHAH ALAM —  85 isi rumah di Taman Harmoni akan dibenarkan menduduki semula kediaman mereka malam ini selepas premis itu lulus pemeriksaan keselamatan, susulan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada Isnin.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata pemeriksaan keselamatan telah dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) ke atas kediaman tersebut.

“Utiliti dan air telah disambung semula untuk yang dianggap selamat,” kata Amirudin pada sidang media di bangunan DUN Selangor hari ini.

Jelas Amirudin, daripada 235 hartanah yang musnah akibat kebakaran pada 1 April lalu, 105 telah diisytiharkan selamat oleh JBPM setakat hari ini.

Bagaimanapun, rumah di Kg Kuala Sg Baru tidak selamat untuk didiami berikutan tahap kerosakan dan memerlukan lebih masa untuk dibaiki, katanya.

Terdahulu, pihak berkuasa membenarkan pemilik beberapa rumah di Putra Heights yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas memasuki kediaman mereka untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, segelintir penghuni memberitahu Bernama mereka terlalu trauma untuk pulang apabila melihat keadaan rumah mereka.

Sarah Amira Ahmad Idris, 28, yang pergi bersama keluarganya untuk meninjau rumah mereka di Jalan 1/3B berkata, kini berasa teragak-agak untuk kembali tinggal di situ.

“Setelah saya melangkah masuk, baunya sangat menyengat—membuatkan saya pening. Hidangan raya kami masih ada di atas meja, dan makanan di dalam peti ais sudah rosak selepas dua hari tidak mempunyai bekalan elektrik.

“Kami telah menyimpan bahan-bahan untuk rumah terbuka hujung minggu ini, tetapi rancangan itu tidak kesampaian,” katanya memetik laporan Bernama.

Sarah berkata walaupun rumah keluarganya tidak mengalami kerosakan besar, bahagian luarnya diselaputi abu, dan bahagian dalamnya kucar-kacir, menyebabkan mereka tidak bersedia secara mental untuk pulang.

“Dengan infrastruktur yang runtuhan dan jalan masuk dikawal ketat, bapa saya memutuskan kami perlu terus tinggal di rumah sewa abang saya di USJ1, Subang Jaya, buat sementara waktu,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Dr Haslina Rusdi, 52,  berkongsi dia dan keluarganya juga memilih untuk tidak pulang kerana keadaan rumah itu.

“Saya sepatutnya kembali bekerja esok, tetapi disebabkan kejadian ini, saya belum memikirkannya lagi,” kata Haslina, yang meninggalkan rumah bersama dua anaknya dan tiga ekor kucing selepas diberi amaran oleh anaknya yang berada di tingkat atas dan melihat kebakaran besar berhampiran.

Kebakaran besar akibat paip gas bawah tanah pecah pada pagi 1 April lalu itu mengambil masa kira-kira lapan jam sebelum ia padam.

Tahap kepanasannya telah menyebabkan kira-kira 600 orang kehilangan tempat tinggal dan merosakkan lebih 230 harta benda serta 399 kenderaan. Lebih 100 orang dimasukkan ke hospital kerana melecur dan terhidu asap. Tiada kematian dilaporkan.

Hari ini, rumah yang lulus pemeriksaan keselamatan oleh pihak berkuasa dibuka kepada pemiliknya untuk pemeriksaan.

Proses itu dijalankan secara berperingkat, bermula dengan 41 pemilik rumah di Jalan 1/3A, yang dibenarkan masuk ke rumah mereka mulai 9.30 pagi. Fasa kedua dan ketiga akan diikuti dengan sewajarnya.

Penduduk memasuki rumah mereka dengan diiringi pegawai agensi keselamatan serta Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang membantu menyelaraskan proses pemeriksaan.

Pegawai daerah Petaling Huzunul Khaidil Mohammed berkata pemeriksaan inventori adalah penting bagi memastikan kediaman selamat sebelum penduduk dibenarkan menduduki semula kediaman mereka. — 3 April 2025

Topics

 

Hangat

Sim Tze Tzin seeks PKR veep post, vows to strengthen party’s future

Bayan Baru MP declares candidacy, drawing on decades of reformist struggle and unwavering loyalty to the party

Rules on p-hailing charges, riders’ earnings coming: Transport Ministry

Regulations being drafted now that amendments to Land Public Transport Act on expanding regulatory control over the industry are in force

Ticket prices no excuse: fans urged to support Harimau Malaya

Ticket prices should not be an issue for loyal football fans flocking to the stadium tomorrow to support Harimau Malaya in the opening Group D match against Kyrgyzstan in the saat round of the 2026 World Cup/2027 Asian Cup Qualifiers.

Related