Kebakaran saluran gas: Mangsa terima tambahan bantuan RM5,000 dan RM2,500 daripada Petronas

Tambahan itu menjadikan mangsa kategori rumah musnah sepenuhnya menerima keseluruhan RM10,000, manakala bagi separa musnah dan penyewa masing-masing menerima sebanyak RM5,000

3:04 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pemilik rumah yang terkesan akibat kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya akan menerima tambahan sumbangan sebanyak RM5,000 dan RM2,500 daripada Petronas, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata sumbangan mengikut kategori atau tahap kerosakan rumah itu adalah tambahan kepada bantuan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. 

Sumbangan itu, katanya menjadikan mangsa yang tergolong dalam kategori rumah musnah sepenuhnya akan menerima keseluruhan RM10,000, manakala bagi separa musnah dan penyewa masing-masing akan menerima sebanyak RM5,000. 

“Selepas proses pendaftaran ditutup pada 6 petang semalam, sebanyak 613 isi rumah daripada 437 rumah maknanya ada rumah disewakan bilik, telah selesai daftar… sesi pertama penyampaian sumbangan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri hari ini.

“Alhamdulillah, saya rasa 219 mangsa yang telah disahkan akan dapat disampaikan sumbangan pada hari ini. Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana akan memanggil mereka secara individu untuk kita sampaikan, dan kita anggarkan maksimum selesai semua hingga Jumaat ini,” katanya pada sidang media di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini. 

Setakat ini, daripada 437 rumah diperiksa, 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya dengan kebakaran pada struktur melebihi 40 peratus, 81 lagi dikategorikan sebagai separa musnah, manakala 57 terbakar tetapi tidak mengalami kesan kepada struktur dan bakinya 218 rumah didapati tidak terkesan.

Anwar ketika meninjau lokasi kejadian pada Selasa lepas, mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang terjejas sepenuhnya dan RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang sebahagiannya rosak.

Dalam pada itu, Amirudin turut mengumumkan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan sewa rumah sebanyak RM2,000 kepada mangsa terlibat selama enam bulan bergantung kepada tempoh pembaikan rumah masing-masing.

Beliau berkata bantuan dengan implikasi kewangan sebanyak RM7.356 juta itu diputuskan mengambil kira aduan mangsa berhubung lokasi penempatan sementara Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di Kota Warisan, Sepang, yang ditawarkan sebelum ini sebagai agak jauh dari kediaman semasa.

“Mungkin dalam minggu depan kita akan muktamadkan dan kita akan serahkan kepada semua ketua isi rumah supaya mereka boleh menggunakan wang itu untuk menyewa kediaman sementara dan selepas enam bulan sebahagian daripada mereka mungkin boleh pulang ke rumah kecuali kediaman yang musnah sepenuhnya yang mungkin mengambil masa sedikit panjang,” katanya. 

Amirudin berkata bagi tawaran Airbnb yang diumumkan sebelum ini, sebanyak 87 rumah telah tersedia dengan pengagihan penempatan sementara dijangka dimulakan pada Rabu ini dan keutamaan akan diberikan kepada pemilik rumah yang musnah sepenuhnya. 

Beliau berkata disebabkan pelbagai tawaran dan bantuan yang diumumkan dari segi pinjaman kereta dan motor, baucar barangan elektrik, bantuan zakat, bantuan kerajaan negeri untuk sewaan rumah dan sebagainya, kerajaan Selangor akan mewujudkan satu laman web khas untuk melaporkan berkaitan sumbangan telah disalurkan.

“Laman web itu boleh digunakan untuk mangsa berdaftar dan pegawai kita boleh melaporkan sejauh mana sumbangan-sumbangan itu disalurkan atau berapa peratus telah disalurkan kepada penduduk dan sebagainya,” katanya. – 7 April, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related