Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1744289931:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 252978
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:99:"Menurut Adun Taman Medan, pembangkang mempertimbangkan supaya siasatan turut dijalankan oleh SELCAT";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1752261727";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751745036";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1751781700";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:6;i:2;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1752261727
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [response_body] => Array
        (
            [0] => {"id":"940f0be1-23db-493d-8a87-637ffb0319fd","external_id":"dcfe6f32-5cd9-77fb-e222-95a37ec27e8f","warnings":["You must configure iOS notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to iOS users.","You must configure Android notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to Android users."]}
        )

    [status] => Array
        (
            [0] => 200
        )

)
Kebakaran Putra Heights: jangan hanya bergantung pada polis, perlu lebih banyak agensi, badan profesional: Afif | Scoop

Kebakaran Putra Heights: jangan hanya bergantung pada polis, perlu lebih banyak agensi, badan profesional: Afif

Menurut Adun Taman Medan, pembangkang mempertimbangkan supaya siasatan turut dijalankan oleh SELCAT

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor digesa melibatkan lebih banyak agensi dan badan profesional dalam jawatankuasa teknikal siasatan berhubung insiden kebocoran paip gas di Putra Heights.

Bercakap kepada Scoop, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Dr Afif Bahardin berkata, selain itu perlu ada usaha koordinasi yang substantif daripada kerajaan negeri bagi membantu mangsa kebakaran terutama dalam soal ganti rugi dan tuntutan insurans.

“Kerajaan negeri perlu ambil pendirian yang lebih profesional dalam tindakannya, yang mana sepatutnya lebih banyak agensi atau badan-badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) patut dibawa masuk untuk terlibat dalam jawatankuasa siasatan .

“Sebab saya rasa tidak cukup hanya dengan siasatan diterajui polis kerana kita kena akui perkara ini masalah daripada kegagalan fungsi sama ada paip atau berlaku kebocoran atau sebagainya yang perlu disiasat.

“Dan saya rasa polis sahaja tidak cukup untuk menyiasat insiden ini dan saya tidak tahu sama ada kerajaan negeri dah dapat laksanakan itu atau tidak (memanggil lebih banyak agensi),” katanya kepada Scoop.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Dr Afif Bahardin berkata, pembangkang juga mempertimbangkan untuk menggesa supaya siasatan dilakukan oleh SELCAT. – Gambar fail Scoop, 11 April, 2025

Jawatankuasa teknikal siasatan insiden di Putra Heights diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menumpukan elemen khianat dan kecuaian, turut dibantu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) serta Jabatan Mineral dan Geosains.

Afif yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, pembangkang juga mempertimbangkan untuk menggesa supaya siasatan turut dilakukan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

Beliau berkata, SELCAT boleh jadi medan untuk pihaknya memanggil agensi dan pihak berwajib termasuk kontraktor dan penduduk untuk memberi maklumat dan apa sahaja hujah dapatan yang mereka ada tentang insiden ini secara terbuka dan telus.

“Supaya dapat beri semula keyakinan awam kepada bukan hanya kerajaan negeri, yang lebih penting kepada pihak berkuasa tempatan.

“Sebab untuk jangka panjang akan ada banyak isu yang akan timbul, contoh libatkan paip gas dan ia ‘main line’ untuk penyaluran gas.

“Ini adalah berkenaan reputasi, keselamatan dan keyakinan awam, ini yang saya rasa kerajaan negeri dan Persekutuan gagal untuk tangani sebaik mungkin,”’katanya.

Tambah Afif, beliau juga tidak nampak ada kesungguhan untuk kerajaan negeri mahupun Pusat untuk memanggil pemaju perumahan.

“Selangor ni banyak pemaju yang boleh turut dilibatkan sama untuk tawaran rumah dan sebagainya sebab kita tahu rumah di situ banyak total lost.

“Dari segi insurans dan pembiayaan bank, saya percaya sebahagian besar rumah-rumah ini masih di bawah pembiayaan pinjaman bank justeru kerajaan negeri dan Persekutuan boleh bincang untuk arahkan kepada bank-bank beri pertimbangan khas kepada pemilik-pemilik rumah.

Beliau berkata, kerajaan juga boleh mengambil tindakan untuk memanggil semua syarikat insurans dan memberikan senarai siapa yang layak serta tidak layak menerima insurans di kawasan itu.

“Ini melibatkan banyak mangsa dan saya tak pun berharap kerajaan negeri dapat selesai semua masalah dalam seminggu dua, tapi ini dah masuk dua minggu, 50% daripada masalah itu tidak diselesaikan lagi.

“Ini bukan soal kontraktor nak minta maaf sahaja, kalau betul kontraktor juga didapati bersalah, pihak tersebut harus membayar kerugian dan tanggung sebahagian kos yang ditanggung kerajaan,” katanya.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata lebih baik beri peluang kepada pihak terbabit melengkapkan siasatan terlebih dahulu. – Gambar dari Instagram Parlimen Malaysia, 11 April, 2025

Sementara itu Ahli Parlimen Selayang, William Leong sebaliknya berpandangan pihak jawatankuasa siasatan termasuk polis dan bomba perlu diberi masa untuk melengkapkan siasatan insiden letupan berkenaan.

“Polis dan agensi berkaitan sedang siasat, kalau nama kontraktor dikeluarkan, orang awam buat macam-macam tuduhan dan dakwaan di sosial media.

“Kalau akhirnya mereka tidak bersalah, mereka dah diserang awal-awal, jadi tunggulah sehingga polis, bomba dan agensi dipertanggungjawab keluarkan kenyataan apa jadi sebenarnya, ini untuk adil kepada semua, berilah mereka sedikit masa,” katanya.

Terdahulu penduduk Putra Heights yang terkesan dengan insiden letupan paip gas berdekatan kediaman mereka meluahkan rasa kecewa kerana tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak pemaju dan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembangunan di kawasan terbabit.

Sebelum ini Polis Selangor menegaskan tiada keperluan untuk mendedahkan identiti syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah berhampiran lokasi kebakaran paip gas bawah tanah di Putra Heights.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata siasatan masih dijalankan dan tumpuan adalah untuk mengenal pasti sama ada wujud kecuaian atau unsur jenayah.

Insiden kebakaran saluran paip gas pada 8.10 pagi, 1 April lalu telah menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40%, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas. – 11 April, 2025

Topics

 

Hangat

‘Hot Daddy,’ two female companions charged with selling porn videos

A man and his two female companions were charged in the magistrates’ court here today with selling pornographic video recordings.

Google sekali lagi terbit data tidak tepat pertukaran nilai ringgit, dolar Amerika Syarikat

Bank Negara Malaysia (BNM) tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran mata wang yang sedang tersebar menerusi media sosial antara dolar Amerika Syarikat (AS$) dan ringgit Malaysia (RM) yang salah diterbitkan Google pada semalam

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

Related