Pelantikan Tun M sebagai penasihat SG4 ‘belum nampak hasil yang boleh dianggap kejayaan’: penganalisis

Penganalisis berkata, sehingga kini belum ada satu model ekonomi atau sosial yang diumumkan secara rasmi oleh SG4 yang menunjukkan arah atau hasil nasihat Tun Dr Mahathir

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Belum ada sebarang hasil konkrit yang boleh dianggap kejayaan langsung daripada pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4) oleh empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN).

Bercakap kepada Scoop, penganalisis politik dari Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Awang Azman Awang Pawi berkata, sehingga kini masih tiada hala tuju strategik yang jelas diumumkan negeri SG4.

“Tiada pelan pembangunan ekonomi bersama, antara negeri, tiada pembaharuan sosial secara kolektif, malah tiada pelan digital atau teknologi SG4.

“Belum ada satu model ekonomi atau sosial yang diumumkan secara rasmi oleh SG4 yang menunjukkan arah atau hasil nasihat Tun Mahathir.

“Kenyataan Tun Mahathir selepas dilantik juga lebih banyak bernada retorik politik tentang “bangsa Melayu lemah” berbanding strategi pembangunan yang jelas.

“Setakat ini, tidak nampak apa-apa output konkrit yang boleh dianggap sebagai kejayaan langsung daripada pelantikan Tun Dr Mahathir sebagai penasihat SG4,” katanya kepada Scoop.

Profesor Awang Azman Awang Pawi berkata, kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai SG4 juga lebih banyak bernada retorik politik. – Gambar fail, 17 April, 2025

Beliau berkata, umum mengetahui matlamat asal SG4 dan Mahathir sebagai penasihat untuk melonjakkan pembangunan ekonomi.

“Selain untuk memastikan 4 negeri itu diuruskan dengan efektif. Juga untuk guna peranan Dr Mahathir bagi menghubungkan empat negeri berkenaan dengan pelabur seperti negara Jepun dan Korea Selatan yang Mahathir ada hubungan yang baik,” katanya.

Tambah beliau, isu kewangan yang dihadapi Terengganu seperti yang dilaporkan menunjukkan bahawa tiada mekanisme perkongsian sumber atau solidariti fiskal dalam SG4.

“Kalau benar SG4 ingin menjadi blok kuasa alternatif, sepatutnya ada struktur seperti Regional Development Fund, dana kecemasan antara negeri.

“Atau sekurang-kurangnya koordinasi dalam pelaburan dan keusahawanan rentas negeri.

“Tetapi kita tidak nampak sebarang bentuk intervensi bersama dari Kedah, Kelantan atau Perlis bagi membantu Terengganu secara langsung.

“Ini menunjukkan SG4 masih bersifat simbolik dan bukan institusi yang berfungsi,” katanya.

Pada September 2024, empat negeri dikuasai PN iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis mengambil langkah bersama untuk berkongsi kekayaan dengan membentuk syarikat SG4 Group.

Negeri-negeri berkenaan turut melantik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat.

Pada sidang Sidang Kemuncak SG4 di Bangi, September tahun lalu, Dr Mahathir berkata, setiap satu negeri akan memiliki kepentingan yang sama dalam syarikat tersebut.

Menurut Dr Mahathir, syarikat yang ditubuhkan itu hanya memberi tumpuan untuk pembangunan empat negeri berkenaan, bukannya membawa haluan lain daripada kerajaan Persekutuan. – 17 April, 2025

Topics

 

Hangat

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Related