Salah faham, provokasi punca insiden ahli politik ‘tunjuk’ pistol: Ketua Polis Perak

3:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Salah faham dan provokasi dikatakan menjadi punca dalam insiden seorang ahli politik didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menunjukkan pistol pada pemilihan jawatankuasa sebuah parti politik di Tambun, dekat Ipoh.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa iaitu pangadu hadir ke lokasi kejadian di Dewan Komuniti dekat kawasan Tanjung Rambutan, bagi memantau proses pemilihan jawatankuasa parti politik berkenaan.

Beliau berkata, walaupun motif kejadian masih dalam siasatan namun siasatan awal mendapati suspek iaitu ahli politik berkenaan dikatakan melihat penyokong di pihak pengadu membuat halangan bagi mengelakkan orang ramai daripada masuk ke dewan.

“Susulan itu ahli politik berkenaan kemudiannya didakwa mengeluarkan objek menyerupai pistol dari bahagian pinggang belakang badannya dan menyerahkannya kepada pembantu peribadinya yang berada di belakang.

“Menurut mangsa (pengadu), tindakan suspek (ahli politik) terbabit menimbulkan rasa takut terhadap dirinya dan rakannya yang turut berada di tempat kejadian.

“Semasa di lokasi, berlaku salah faham dan provokasi antara mangsa dan suspek yang juga lelaki tempatan dan ahli politik. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, aduan kejadian itu diterima pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada 12.28 tengah hari semalam yang menyatakan dirinya sebagai mangsa dalam insiden terbabit.

“Ketika ini polis sedang merakam keterangan daripada saksi-saksi yang terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan ugutan jenayah,” katanya.

Terdahulu, Noor Hisam mengesahkan polis akan merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahad berhubung dakwaan melakukan ugutan jenayah dengan menunjukkan pistol terhadap beberapa individu minggu ini.

Katanya, polis sudah memanggil Muhamad Arafat untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan itu namun setakat ini wakil rakyat berkenaan belum hadir.

Malam tadi menerusi satu kenyataan, Muhamad Arafat menafikan dakwaan beliau menunjukkan pistol pada pemilihan berkenaan.

Beliau menyifatkan tuduhan yang disebarkan dalam video tular di media sosial sebagai fitnah dan bermotifkan politik.

“Setiap kali pemilihan parti diadakan, ada pihak yang melakukan fitnah untuk kepentingan politik sendiri.

“Orang ramai boleh menilai masa dakwaan ini, yang muncul dengan mudah pada hari pengundian,” katanya.

Difahamkan Muhamad Arafat juga sedang sibuk dengan urusan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. – 14 April, 2025

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

Related