Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1744896945:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 52
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 253913
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-121565
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-121565
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:201:"Anak kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan realiti penyakit demensia dan mengucapkan terima kasih di atas doa, ucapan dan kasih sayang daripada rakyat Malaysia";}
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748443090";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:14;i:2;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748191911";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:16;i:1;i:17;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748443090
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

)
'Perpisahan yang menyakitkan', luahan hati Nori Abdullah | Scoop

‘Perpisahan yang menyakitkan’, luahan hati Nori Abdullah

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi mendedahkan realiti penyakit demensia dan mengucapkan terima kasih di atas doa, ucapan dan kasih sayang daripada rakyat Malaysia

8:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dalam satu luahan yang amat peribadi selepas pemergian bapanya Tun Abdullah Ahmad Badawi, anaknya, Nori Abdullah meluahkan rasa sedih atas perpisahan yang menyakitkan itu.

Namun pada masa sama, Nori bersyukur ketika mengimbas perjuangan panjang bapanya melawan demensia serta kasih sayang dan penghormatan luar biasa yang ditunjukkan oleh rakyat.

Dalam luahan sayu yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Kita Family Podcast, yang dikendalikannya, Nori menyifatkan perjuangan bapanya itu sebagai “selamat tinggal yang panjang dalam pelbagai cara”.

“Sehingga satu tahap, saya bersyukur kerana dengannya beliau terselamat daripada banyak penderitaan dan kebimbangan, kesedihan dan kemarahan terhadap apa yang berlaku dalam sedekad lalu – walaupun ia menyedihkan.

“Walaupun kadang-kadang saya rasa seperti kehilangan nasihat dan menghibur hati, ada hikmah di sebaliknya. Moga Allah membenarkan kami melihatnya,” katanya.

Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, meninggal dunia pada 14 April, pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 15 April, beliau dikebumikan dengan penghormatan negara di Makam Pahlawan di Masjid Negara.

Jenazah Allahyarham sebelum itu diletakkan di ruang solat utama Masjid Negara dari jam 10 pagi hingga 1 petang, di mana ribuan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai senarai panjang kenamaan yang hadir termasuk kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut hadir ialah empat bekas perdana menteri – Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Razak yang diberikan pelepasan sementara daripada perbicaraan 1MDB, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta menteri-menteri, pemimpin politik dan tetamu kenamaan dari luar negara.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong, Tan Sri Michelle Yeoh, Datuk Ramli Sarip dan pelawak Harith Iskander turut hadir memberi penghormatan kepada Allahyarham.

Nori dalam perkongsiannya berkata penyakit yang menimpa bapanya itu adalah satu ujian dan berharap keimanan arwah menjadi sumber ketenangan kepadanya.

Beliau mengakui sedih untuk perpisahan terakhir itu tetapi menemukan ketenangan menerusi ucapan takziah, penghargaan, penghormatan dan kasih sayang yang tidak putus-putus terhadap bapanya.

“Ada kasih sayang dan penghargaan.

“Ia adalah pengebumian negara dan satu pemberian yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Tuhan itu Maha Pemurah,” katanya.

Nori turut berharap sejarah akan berlaku adil kepada bapanya walaupun beliau manusia biasa yang tidak sempurna.

“Tetapi, seperti yang pernah dikatakan kepada saya, cara seseorang membuatkan orang lain rasa dihargai adalah sangat penting dan Pak Lah pandai membuat orang rasa dihargai.

“Saya gembira kerana ia memberi peluang baru untuk orang mengenalinya. Ada penulisan, video dan banyak lagi berkat teknologi. Insya-Allah, sejarah akan bersikap adil walaupun beliau juga seorang manusia yang tidak sempurna.”

Dalam pesanan terakhirnya kepada Allahyarham, beliau menulis:

“Sebagai Siti Baba mu, saya berharap dan berdoa agar akhirnya, Baba telah cukup untuk menjadi hamba yang diredhai Tuhan, bukan sekadar dinamakan ‘hamba Allah’ tetapi benar-benar ingin menjadi khalifah yang baik di bumi.”

Abdullah kini menjadi pemimpin negara kelima yang dikebumikan di bawah kubah Makam Pahlawan. Tapak itu, yang direka bentuk menyerupai payung konkrit, merupakan mercu tanda nasional yang dikhaskan untuk negarawan terulung negara.

Beliau kini bersemadi bersama Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Ghafar Baba – semua dikenang kerana sumbangan mereka kepada pembangunan Malaysia. – 17 April 2025.

Topics

 

Hangat

Himpunan Freedom For Palestine dikecam, sebilangan peserta sifatkan tidak capai matlamat

Ada peserta yang mendakwa penganjur turut menggelar mereka yang mengangkat sepanduk mengecam Netanyahu sebagai ‘zionis’.

LGBTQ+ rights advocacy: Somebody else please, not Matty Healy

The troubled lead singer of British rock band The 1975 made global headlines this weekend following his outburst against the country’s laws governing LGBTQ+ activities during a performance at the Good Vibes Festival at the Sepang motorsport circuit on Friday.

Penang lift tragedy: boss to face legal action over worker’s death if OSHA violation found

Penang Department of Occupational Safety and Health (DOSH) director Hairozie Asri said the department investigated the location as soon as they received information about the incident. He said DOSH has also issued an immediate stop work notice pending investigations.

Related