PAS jangan mimpi tawan Selangor, rakyat muak strategi Melayu, Islam terancam: Sany

PAS turut dilihat terdesak apabila mencadangkan supaya pengundi luar menukar alamat untuk mengundi di Selangor

12:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS tidak akan mampu menang pilihan raya di negeri lain terutama Selangor dengan pendekatan ‘menakutkan’ pengundi bahawa Melayu, Islam dan institusi raja akan terancam sekiranya dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Bercakap kepada Scoop, Ahli Parlimen Hulu Langat dari parti Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, masyarakat sudah lali dengan kaedah dan strategi diguna PAS yang menjadikan fitnah, adu domba, agama dan bangsa untuk meraih undi.

“Sebelum ini berbagai cara digunakan mereka dengan isu kaum, agama, fitnah, adu domba, guna DAP untuk dapatkan pengundi Cina, guna syurga dan neraka.

“Takutkan pengundi dengan memetik nama jika Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM, Malaysia akan jadi negara bukan Islam lah, negara yang akan bersama dengan Israel lah.

“PAS sudah mengunakan pelbagai pendekatan cara dan strategi, tapi mereka masih tidak mampu lagi untuk mendapat sokongan masyarakat apatah lagi untuk kuasai Selangor, jangan mimpi.

“Hari ini kita tengok, mereka kata Islam akan terancam, mana yang terancamnya, masjid ada orang boleh sembahyang, boleh bayar zakat, ada kuliah, ada tazkirahnya, orang masih boleh pergi haji, anak-anak pun masih boleh bersekolah agama.

“Jadi memang menjadi kaedah dan strategi mereka untuk menyebar ketakutan kepada pengundi, supaya mereka menjadi pilihan,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin PAS Selangor termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Ab Halim Tamuri dan Ketua Penerangannya, Zurk Ahmad mencadangkan supaya pengundi luar menukar alamat untuk mengundi di Selangor.

Menurutnya, ia adalah langkah penting bagi memastikan setiap undi mencerminkan realiti sebenar rakyat dan mereka yang bermastautin di Selangor.

PAS Selangor berpandangan langkah itu dapat meningkatkan jumlah pengundi Perikatan Nasional (PN) di Selangor terutama di kawasan majoriti kaum Melayu dan luar bandar.

Mengulas lanjut, Mohd Sany berkata, PAS kini boleh disifatkan sebagai parti yang sudah ‘habis perah’ hingga terkeluar idea tidak masuk akal termasuk mahu menggesa pengundi Kelantan dan Terengganu untuk menukar alamat mereka ke Selangor.

“PAS tidak ada isu untuk beri keyakinan kepada ahli mereka, apa cara lagi untuk mereka menang?

“Jadi mereka berilah idea kepada ahli di bawah supaya pindahkan pengundi luar masuk ke Selangor

“Ini pendekatan lapuk yang mahu digunakan kembali untuk merampas beberapa kerusi di Selangor.

“Zaman dulu mereka dah guna, dulu ada pengundi dari Selangor, Negeri Sembilan dan wilayah untuk diminta pindah mengundi di Terengganu untuk memenangkan beberapa kerusi.

“Untuk sekarang ini pada saya pendekatan ini sudahn tidak relevan, nak pindah mengundi mesti ada sebab, ada keperluan, kalau sekadar untuk pindah undi untuk menang pilihan raya bagi saya itu bukan satu yang adil,” katanya. – 18 April, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related