Anwar kecam pengulas politik AS, Bill O’Reilly ‘angkuh dan jahil

Perdana Menteri berkata ia menunjukkan O’Reilly tidak mempunyai kefahaman mengenai Asia dan Asean serta perkembangan semasa di rantau ini

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kenyataan pengulas politik Amerika Syarikat, Bill O’Reilly sebagai angkuh dan jahil kerana memperlekehkan lawatan Presiden China Xi Jinping ke Asia Tenggara.

Menurut Perdana Menteri, ia menunjukkan O’Reilly tidak mempunyai kefahaman mengenai Asia dan Asean serta perkembangan semasa di rantau ini.

“Gambaran sikap ekstrem dan keangkuhan seorang (Bill O’Reilly) yang sebenarnya dangkal ilmu dan jahil. Mereka anggap hanya kelompok dia dan negeri dia sahaja yang paling berjaya.

“Tentunya dia tidak ada kefahaman sama sekali tentang Asia, tentang ASEAN serta tentang perkembangan baru,” katanya selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan, hari ini.

Dalam klip video yang tular di media sosial O’Reilly mempersendakan lawatan rasmi Jinping ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja dengan kononnya ketiga-tiga negara tidak mempunyai kemampuan untuk menyokong China dari segi ekonomi.

“Hai Presiden Xi, biar saya berterus terang. Mereka tiada duit langsung. Mereka tidak boleh tolong kamu, mereka tidak akan beli barang kamu sebab mereka tidak ada duit.

“Sebab kami ada duit, kami beli barang. ‘Orang Melayu’ tidak akan beli barang anda, mereka tiada duit,” kata O’Reilly dalam klip video itu.

Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia mulai 15 hingga 17 April atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Lawatan kali ini menandakan kunjungan rasmi kedua Jinping ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhir pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974. Kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun lepas.

Selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia.
Jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM484.12 bilion pada 2024, mewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan global Malaysia (RM2.88 trilion)

Mengulas lanjut, Anwar menyifatkan kenyataan O’Reilly seperti seorang yang masih terperangkap dalam pemikiran imperialis serta penjajahan.

“Inilah kita rujuk dalam bidang sains sosial sebagai cara pemikiran terperangkap – masih membawa beban imperialisme dan kolonialisme,” katanya. – 18 April, 2025

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related