Petronas Gas tubuh pasukan petugas bagi insiden saluran paip di Putra Heights

PGB berkata pasukan petugas itu akan menyediakan pandangan strategik terhadap proses siasatan selepas insiden, kerja-kerja pemulihan dan pengubahsuaian, keselamatan infrastruktur pengangkutan gas dan perkara lain berkaitan dengan insiden tersebut

8:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Petronas Gas Bhd (PGB) sudah menubuhkan pasukan petugas bebas bagi insiden saluran paip di Putra Heights yang diketuai oleh pengarah bebas bukan eksekutifnya, untuk memastikan standard keselamatan dan integriti tertinggi dalam operasinya.

Dalam satu kenyataan hari ini, PGB berkata pasukan petugas itu akan menyediakan pandangan strategik terhadap proses siasatan selepas insiden, kerja-kerja pemulihan dan pengubahsuaian, keselamatan infrastruktur pengangkutan gas dan perkara lain berkaitan dengan insiden tersebut.

Pasukan petugas itu juga akan menyokong lembaga pengarah dalam menyediakan garis panduan bagi memastikan ketelusan dan kebebasan sepanjang proses tersebut.

“PGB mengiktiraf sepenuhnya peranan kritikal infrastruktur saluran paip gas dalam mengangkut gas asli ke sektor penjanaan tenaga dan perindustrian di Semenanjung Malaysia.

“Kerja pemulihan sedang giat dijalankan di lokasi insiden, termasuk menanam cerucuk kepingan bagi menstabilkan tanah, penggalian tapak dan melaksanakan pelbagai pembaikan,” katanya.

Menurut PGB, syarikat itu amat mengutamakan keselamatan orang awam dan dalam operasinya kerana menyedari kesan mendalam insiden itu, selain memberi tumpuan untuk memulihkan akses kepada bekalan gas.

“Setakat ini, PGB sudah menyumbang lebih RM1.2 juta dalam bentuk bantuan kewangan segera kepada individu dan keluarga yang berdepan dengan kehilangan keseluruhan dan sebahagian hartanah masing-masing, bagi mengurangkan beban mereka sepanjang tempoh sukar itu.

“Syarikat akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan pihak berkepentingan bagi menentukan punca insiden dan memulihkan saluran paip sambil memastikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada usaha pembinaan semula komuniti oleh kerajaan,” katanya. – 18 April, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related