Kg Sg Baru: Khalid Samad hantar LOD pada selebriti Rafidah, tuntut 3 perkara termasuk mohon maaf

Khalid Samad menuntut tiga perkara iaitu permohonan maaf, penarikan tuduhan menerusi video di TikTok serta bayaran ganti rugi

2:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad telah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada pempengaruh Rafidah Ibrahim atas dakwaan memfitnah berhubung kemelut yang melanda Kampung Sungai Baru.

Pada sidang media hari ini, Khalid memberitahu, notis itu disampaikan melalui peguamnya, Hisham Fauzi & Associates kepada Rafidah yang juga penduduk Kampung Sungai Baru itu pada 17 April lalu.

Jelasnya, beliau menuntut tiga perkara iaitu permohonan maaf, penarikan tuduhan menerusi video di TikTok serta bayaran ganti rugi.

Rafidah yang juga pelakon dan penyanyi didakwa menuduh beliau mahu memansuhkan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS).

Selebriti itu turut didakwa menuduh Khalid cuba menghilangkan tanah rizab Melayu termasuk di Kampung Baru secara keseluruhan menerusi video di TikTok.

Jelas Khalid, beliau terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana ia merupakan tuduhan liar serta tidak bertanggungjawab, lapor Harapan Daily..

“Walaupun orang kata dia buat TikTok menarik tapi fakta semua kelaut. Nampak macam dia tak faham apa dia cakap. Orang di sebalik masalah di Kampung Baru iaitu Tan Sri Annuar Musa (bekas Menteri Wilayah Persekutuan) dia puji pula.

“Untuk hentikan perkara ini saya tak ada pilihan kerana tuduhan dibuat liar, tak bertanggungjawab dan saya terpaksa saman dia. Kalau tak dia akan teruskan,’’ kata Khalid.

Khalid sebelum ini beberapa kali menyatakan pandangan selebriti tersebut mengenai isu Kampung Sungai Baru adalah bercanggah dan tidak mewakili penduduk di kawasan tersebut.

Malah kata Ketua Amanah Wilayah Persekutuan itu, Rafidah tidak pernah menjadi sukarelawan atau sebahagian daripada jawatankuasa yang terlibat dalam rundingan terma penjualan tanah di Kampung Sungai Baru.

Kampung Sungai Baru timbul apabila kerajaan merancang untuk mengambil semula tanah bagi tujuan pembangunan semula melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. – Gambar fail Scoop, 21 April, 2025

Kampung Sungai Baru, yang terletak tidak jauh dari Jambatan Saloma Link dan stesen transit aliran ringan (LRT) Kg Baru, terdiri daripada 98 rumah teres pegangan pajak dan 264 unit flat di lapan blok.

Sebanyak 27 rumah teres dan 192 pemilik unit flat menerima tawaran pemaju, Ritzy Gloss, manakala 37 rumah teres dan 72 flat dikenakan Akta Pengambilan Tanah (LAA) 1960 ( LAA) selepas permohonan firma itu supaya kerajaan mengambil milik rasmi tanah di kawasan berkenaan menggunakan akta terbabit, diluluskan pentadbiran Perikatan Nasional ketika itu pada 2021.

Bagaimanapun ada penduduk yang tidak bersetuju dengan kadar pampasan RM400 kaki persegi yang ditetapkan Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang disifatkan sebagai rendah.

Semalam, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberitahu beliau telah menasihatkan penduduk supaya tidak menandatangani perjanjian yang ditawarkan pemaju sejak penggal pertamanya sebagai wakil rakyat lagi.

Justeru, Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, beliau akan mengadakan sidang media khas minggu ini bagi menjelaskan perkara berkenaan dengan penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) akan dijemput hadir.

Pada 22 November lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, pemberian pampasan kepada pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru dilaksanakan mengikut dua kaedah berdasarkan keputusan golongan itu sama ada bersetuju atau tidak dengan pembangunan dilaksanakan di kawasan itu.

Jelasnya, pemilik yang bersetuju dengan usaha sama pembangunan adalah lebih tinggi berdasarkan nilai masa depan hantaran manakala pemilik yang menolak pengambilan tanah ditentukan berdasarkan nilai pasaran semasa mengikut peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). – 21 April, 2025

Topics

 

Hangat

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

Related