Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1745409176:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 51
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99954
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:133:"Kuota untuk jawatan itu juga perlu dikekalkan kepada Umno bagi terus menjaga keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan, kata penganalisis ";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 254430
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749739271";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:14;i:1;i:15;i:1;}}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749912970";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:15;i:1;i:14;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749912970
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [response_body] => Array
        (
            [0] => {"id":"776e5d0d-7f2a-4723-a86a-04c3aa845220","external_id":"08113bf1-2d1c-062e-aec0-4b4ef986df30","warnings":["You must configure iOS notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to iOS users.","You must configure Android notifications in your OneSignal settings if you wish to send messages to Android users."]}
        )

    [status] => Array
        (
            [0] => 200
        )

)
Kekosongan jawatan Menteri Miti Disember ini jadi justifikasi rombakan, ia kuota Umno: penganalisis | Scoop

Kekosongan jawatan Menteri Miti Disember ini jadi justifikasi rombakan, ia kuota Umno: penganalisis

Kuota untuk jawatan itu juga perlu dikekalkan kepada Umno bagi terus menjaga keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan, kata penganalisis

7:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kekosongan jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Disember ini menjadi justifikasi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan rombakan Kabinet.

Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Azmi Hassan berkata, kuota untuk jawatan itu juga perlu dikekalkan kepada Umno bagi terus menjaga keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan.

Justeru Azmi berkata, beliau melihat Ahli Parlimen Titiwangsa dari Umno, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai individu sesuai mengantikan Zafrul, yang akan menamatkan tempoh Senator pada Disember ini.

Profesor Madya Azmi Hassan berkata tempoh yang sesuai untuk dilakukan rombakan Kabinet ialah pada Disember, iaitu ketika tamat tempoh senator Tengku Zafrul. – Gambar fail Bernama, 23 April, 2025

“Rombakan boleh dibuat dengan menukar portfolio Menteri Perladangan dan Komoditi yang disandang oleh Johari kepada Menteri Miti.

“Ini kerana kita lihat kerja dan prestasi Johari dalam perladangan dan berdepan kerenah Eropah dalam isu kelapa sawit…beliau tahu apa yang beliau lakukan dan kredibiliti ini yang diperlukan oleh seorang menteri.

“Tempoh untuk melakukan rombakan paling sesuai ialah apabila tamat tempoh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Disember ini, supaya ada justifikasi untuk buat rombakan bila ada kekosongan.

“Perdana Menteri sebolehnya nak elak rombakan kerana terlalu banyak parti politik berbeza dalam kerajaan beliau.

“Tapi hakikatnya tempat Zafrul itu adalah kuota Umno, jawatan menteri Miti itu yang agak kritikal dan penting bagi Malaysia terutama dalam menghadapi isu tarif Amerika Syarikat,” katanya kepada Scoop.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada rombakan Kabinet akan berlaku meskipun beberapa nama besar tewas pada pemilihan PKR ketika ini.

Malah, katanya, pemilihan di peringkat parti itu tiada kaitan dengan rombakan Kabinet.

Pada proses pemilihan PKR peringkat cabang yang berakhir baru-baru ini, beberapa nama besar tewas kepada pencabar mereka.

Mereka termasuk Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi K Saraswathy, Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ahli Parlimen Petaling Jaya merangkap Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung.

Walaupun pemilihan di peringkat cabang telah selesai, pengundian bagi jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat serta jawatan nasional untuk wanita dan pemuda akan diadakan pada 24 Mei ini.

Pada pemilihan DAP MAC lalu, Anwar turut memberitahu tiada rombakan dilakukan walaupun ada ura-ura ketika itu beliau akan melakukan rombakan kecil dalam Kabinet susulan keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang akan mengisi kekosongan jawatan berkenaan namun sudah pasti akan ada perbincangan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – Gambar fail Scoop, 23 April, 2025

Sementara itu Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub turut berpandangan kekosongan ditinggalkan Zafrul wajar diisi dalam kalangan ahli Parlimen yang berkelayakan dari Umno.

“Memang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ada kuasa dan hak mutlak untuk tentukan siapa yang akan mengisi kekosongan nanti.

“Namun sudah pasti akan ada perbincangan dengan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana sudah jelas jawatan berkenaan adalah kuota milik Umno.

“Perdana Menteri sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) kena rundinglah, sebab itu juga jawatan penting bukan boleh letak sembarangan pemimpin dan Johari adalah calon paling sesuai, bukan sebab dia orang Umno tapi memang berkelayakan,” katanya. – 23 April, 2025

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related