Pencerobohan hutan di Raub: SPRM siasat sejak 2021

Azam berkata siasatan yang dijalankan berhubung pencerobohan tanah di Raub, Pahang adalah kesinambungan daripada siasatan yang dijalankan sejak 2021

1:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun menjalankan siasatan berhubung penerokaan hutan simpan besar-besaran di Raub, Pahang, sejak 2021.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, siasatan kali ini merupakan kesinambungan berhubung isu baru yang timbul dalam kes pencerobohan terbabit.

“Saya juga ditanya adakah SPRM membuka kertas siasatan berhubung isu di Raub dan jawapan ya.

‘‘Dulu kita pernah membuka kertas siasatan yang seumpamanya pada 2021 dan kesinambungan daripada isu baharu ini, saya telah mengarahkan SPRM Pahang untuk meneruskan siasatan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di sini hari ini.

Azam memberitahu, siasatan ini akan melihat kepada dua aspek utama iaitu bagaimana penerokaan haram ini boleh berlaku dalam tempoh-tempoh tertentu dan isu tatakelola yang dijalankan di pejabat tanah serta Pejabat Tanah dan Galian.

Jumaat lalu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kemelut pencerobohan tanah secara haram di negeri itu dinoktahkan, apabila sebanyak 14,494.9 hektar tanah kerajaan telah diceroboh dan diusahakan secara haram dengan tanaman sawit, getah, durian dan pelbagai hasil bumi.

Lebih malang, titah baginda, 5,997.09 hektar hutan simpanan kekal (HSK) juga telah diceroboh kononnya atas nama pertanian tetapi hakikatnya perompakan terbuka terhadap harta negeri.

Baginda bertitah demikian sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, Pahang.

Dalam pada itu, mengulas mengenai siasatan berhubung Operasi Sky (Op Sky), Azam memberitahu siasatan telah dilengkapkan dan dalam proses akhir serta dijangka dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya, minggu depan.

“Kita harap sekiranya tiada inkuiri dalam kes ini, mohon dapat disegerakan kerana rakyat mahu melihat outcome dalam kes ini,’’ katanya.

Op Sky ialah operasi yang dijalankan bagi membanteras sindiket rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta institusi kewangan. – 22 April, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related