Lima individu termasuk ‘Tan Sri’, ‘Datuk Seri’ ditahan, aset lebih RM3.5 bilion disita

Semua mereka ditahan di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air dalam operasi terbaru yang dijalankan mulai 18 April hingga semalam

6:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Lima individu termasuk usahawan bergelar ‘Tan Sri’ dan ‘Datuk Seri’ ditahan kerana bagi siasatan berhubung penipuan skim ponzi dikenali sebagai pelaburan MBI International Group (MBI).

Menurut Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia KPN Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali, mereka ditahan di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air dalam operasi kedua yang dijalankan mulai 18 April sehingga semalam.

Hasbullah berkata, siasatan mendapati ‘Tan Sri’ dan ‘Datuk Seri’ itu berperanan sebagai proksi atau rakan kongsi.

“Polis turut menyita antaranya tiga dusun durian di Raub, Pahang dengan keluasan 850 ekar; Jawi, Pulau Pinang berkeluasan 13 ekar dan Tasek, Kedah dengan keluasan 34 ekar,’’ katanya pada sidang media hari ini.

Lain-lain yang disita ialah 299 akaun bank berjumlah RM123,6 juta, 12 kenderaan mewah, jam tangan mewah, sejumlah wang tunai dalam matawang Ringgit, lima telefon bimbit, satu unit komputer dan pelbagai dokumen penting.

Hasbullah memberitahu, jumlah keseluruhan anggaran nilai semua aset yang dibekukan dan disita selepas operasi kedua kini berjumlah RM3,513,304,957.84.

“Selain itu, pasukan petugas telah menyita tiga perniagaan di bawah Seksyen 52 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Akta 613).

“Perniagaan tersebut termasuk sebuah kilang pemprosesan kelapa sawit di Selama, Kedah, sebuah hotel di Pulau Pinang, dan sebuah syarikat pembangunan hartanah yang juga berpangkalan di Pulau Pinang,” katanya.

Hasbullah berkata siasatan akan diteruskan dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau entiti yang mempunyai kaitan dengan aset yang diperoleh daripada aktiviti penipuan pelaburan haram.

Jumlah keseluruhan aset yang dibekukan dan disita kini mencecah RM3.5 bilion susulan operasi terbaharu ini.

“Kita akan meneruskan siasatan dan tangkapan ke atas mana-mana individu dan entiti dipercayai melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung yang memperolehi, menerima, memiliki dan memindahkan dari atau bawa masuk ke Malaysia hasil daripada kegiatan aktiviti penipuan pelaburan tersebut.

“Siasatan dan maklumat diperoleh daripada notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) mendapati seramai 11 juta mangsa dari negara jiran terbabit dalam skim pelaburan ini sejak lapan tahun lalu manakala di negara ini hanya enam laporan polis sahaja diterima,” katanya. 

Pada akhir Mac lalu, dalam serbuan sebelum ini polis sudah menahan lapan individu dan merampas aset bernilai RM3.17 bilion yang dikaitkan dengan penipuan pelaburan MBI.

Rampasan tersebut merangkumi 638 akaun bank dan saham yang bernilai lebih RM1.16 bilion, serta 35 hartanah yang dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.

Antara lapan individu yang ditahan dalam serbuan berkenaan ialah dua ahli perniagaan dan dua peguam.

Sindiket penipuan rentas sempadan yang dikenali sebagai MBI Investments ini berpusat di sebuah negara jiran dan menurut laporan media, notis merah telah dikeluarkan ke atas pengendali sindiket tersebut.

Sebelum ini dilaporkan pengasas MBI, Tedy Teow Wooi Huat, telah diekstradisi dari Thailand ke China pada Ogos lalu untuk menghadapi pertuduhan penipuan melibatkan mangsa dari China.

Teow telah ditahan oleh pihak berkuasa Thailand pada 2022 selepas visanya dibatalkan. Beliau didakwa mengatur skim piramid, memperdaya pelabur dan menjalankan penipuan pemasaran pelbagai peringkat. – 22 April 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related