Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1745397883:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_a16cb22f0386d3442795b8de7f553c23] => Array
        (
            [0] => 

Saudara Stanley yang mengetuai operasi pengundian pasukan kami telah membuat satu Akuan Bersumpah bagi mempertahankan angka minimum 949 undi berdasarkan bukti pengundian yang disimpan.

Saya akan membuat bantahan secara rasmi mengikut saluran ditetapkan JPP.

Baca di bawah 👇🏻 pic.twitter.com/qXfg5esXJV

— Akmal Nasir (@akmalnasir) April 23, 2025
) [_oembed_time_a16cb22f0386d3442795b8de7f553c23] => Array ( [0] => 1745397084 ) [post_views_count] => Array ( [0] => 64 ) [_thumbnail_id] => Array ( [0] => 254642 ) [_edit_last] => Array ( [0] => 22 ) [onesignal_meta_box_present] => Array ( [0] => 1 ) [onesignal_send_notification] => Array ( [0] => ) [onesignal_modify_title_and_content] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_heading] => Array ( [0] => ) [onesignal_notification_custom_content] => Array ( [0] => ) [_post_language] => Array ( [0] => Bahasa Malaysia ) [_molongui_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [_molongui_main_author] => Array ( [0] => guest-99954 ) [td_post_theme_settings] => Array ( [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:134:"Akmal akan mengemukakan bantahan kepada JPP selepas tewas kepada Mohamad Taufiq pada pemilihan Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Ahad lalu";} ) [_yoast_wpseo_primary_category] => Array ( [0] => 612 ) [_yoast_wpseo_content_score] => Array ( [0] => 30 ) [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_count_7_day_arr] => Array ( [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749648239";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749318999";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:17;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}} ) [post_view_7days_last_day] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_count_7_day_last_date] => Array ( [0] => 1749648239 ) [post_views_count_7_day_total] => Array ( [0] => 2 ) [post_views_last_24_hours] => Array ( [0] => 1 ) [post_views_last_48_hours] => Array ( [0] => 1 ) )
Dakwa jadi mangsa fenomena ‘badan tanpa kepala’, Akmal pertahan dapat 949 undi minimum | Scoop

Dakwa jadi mangsa fenomena ‘badan tanpa kepala’, Akmal pertahan dapat 949 undi minimum

Akmal akan mengemukakan bantahan kepada JPP selepas tewas kepada Mohamad Taufiq pada pemilihan Ketua Cabang PKR Johor Bahru, Ahad lalu

4:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang tewas pemilihan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Johor Bahru pada pemilihan Ahad lalu akan mengemukakan bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).

Beliau tewas kepada Ketua AMK Johor, Mohamad Taufiq Ismail dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru selepas hanya memperoleh 587 undi berbanding 709 undi diraih pencabarnya.

Akmal bagaimanapun mempertahankan memperoleh sekurang-kurangnya 949 undi pada pemilihan itu dan mendakwa Cabang Johor Bahru tidak terkecuali dari kejadian fenomena ‘badan tanpa kepala’.

“Majoriti Ahli Jawatankuasa (AJK) cabang yang menang iaitu 10 orang adalah daripada pasukan kami.

“Kejadian ajaib juga berlaku untuk Angkatan Muda Keadilan (AMK) iaitu hanya ‘kepala’ iaitu ketua AMK yang ‘dipenggal’ sedangkan timbalan hingga semua AJK menang.

“Manakala bagi sayap wanita pula jawatan ketua dan timbalan diganggu sedangkan bagi naib dan AJK, pasukan Akmal Nasir menang,” katanya menerusi aplikasi X hari ini.

Akmal tewas kepada Ketua AMK Johor, Mohamad Taufiq Ismail dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Johor Bahru selepas hanya memperoleh 587 undi berbanding 709 undi diraih pencabarnya.

Namun keputusan tersebut mengejutkan ramai penyokong Akmal kerana sebelum itu dalam hantaran melalui Facebooknya, beliau memberi bayangan mendahului jumlah undi.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga mempertahankan jumlah undi yang diterimanya selaku calon Ketua Cabang Johor Bahru pada pemilihan tersebut.

“Oleh itu, seorang pasukan saya yang mengetuai operasi pada hari pengundian telah membuat akuan bersumpah bagi mempertahankan jumlah undi sekurang-kurangnya 949 undi yang diterima saya.

“Seperti yang pernah saya kongsikan, angka-angka ini bukan sekadar anggota yang mengundi berdasarkan ‘Get Out The Voters’ (GOTV) malah bukti pengundian dan sokongan telah direkodkan secara jelas.

“Angka ini disokong oleh Borang 14 yang telah diperakukan oleh Ketua Tempat Mengundi, senarai pengundi berserta tandatangan pengakuan dan bukti bergambar.

“Saya akan mengemukakan bantahan secara rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP). Oleh itu, dipohon agar semua kekal bertenang sementara bantahan dihantar secara rasmi mengikut saluran yang ditetapkan,” katanya. – 23 April, 2025

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related