BN pertahan Ayer Kuning, Ustaz Yusri menang dengan majoriti 5,006 undi

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu meraih 11,065 undi, menewaskan Abd Muhaimin Malek (PN) yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi)

9:58 PM MYT

 

TAPAH – Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi).

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di pusat penjumlahan undi di Dewan Merdeka di sini malam ini.

Ahmad Redhauddin turut mengumumkan bahawa 289 undi ditolak dan peratusan keluar mengundi pada PRK itu ialah 58.07 peratus.

Keputusan itu menyaksikan DUN Ayer Kuning terus menjadi kubu kuat BN yang dikuasai parti berkenaan sejak 1986.

Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 menyaksikan Ishsam Shahruddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, menang kerusi DUN itu dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.

Dalam pada itu, kemenangan Mohamad Yusri, 54, diraikan pemimpin BN dan Pakatan Harapan yang mengiringi beliau ke Dewan Merdeka pada 9.30 malam.

Antara yang hadir Menteri Besar Perak merangkap Pengarah PRK DUN Ayer Kuning Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon dan Penyelaras DAP bagi PRK Ayer Kuning Howard Lee Chuan How.

PRK itu diadakan susulan kematian Ishsam pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.

Kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pemilih berdaftar terdiri daripada 31,281 pengundi biasa.

Pada Selasa lepas, sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab mereka di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan. – 26 April, 2025

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related