Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1745824824:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 255252
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:127:"Mahkamah turut memerintahkan Yasin kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenan Sultan Selangor";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 41
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750849750";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:11;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750495522";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750849750
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Penyanyi Yasin dibebaskan dari penjara seumur hidup, 16 sebatan rotan | Scoop

Penyanyi Yasin dibebaskan dari penjara seumur hidup, 16 sebatan rotan

Mahkamah turut memerintahkan Yasin kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenan Sultan Selangor

2:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan komposer serta penyanyi nasyid, Muhammad Yasin Sulaiman daripada tiga tuduhan berkaitan dadah, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan rotan.

Mahkamah turut memerintahkan Yasin, 50, kembali ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak sehingga diperkenan Sultan Selangor.

Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Che Ruzima Ghazali, Collin Lawrence Sequerah, dan Azmi Ariffin yang bersidang hari ini.

Ia mengembalikan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin yang melepas dan membebaskan Yasin pada 29 November 2023.

Faiz Dziyauddin turut memutuskan untuk meletakkan tertuduh di bawah jagaan hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak selama yang diperkenan Sultan Selangor, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348 (2) KTJ.

“Tertuduh (Yasin) tidak berada di dalam keadaan mental yang waras ketika melakukan kesalahan itu. Walaupun dia menyedari perbuatannya, gejala mania (emosi tidak stabil) dialaminya ketika itu menyebabkan kemerosotan kognitif pada tahap teruk namun tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatannya itu salah dan bertentangan undang-undang.

“Jadi, mengikut Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), mahkamah memutuskan untuk meletakkan tertuduh di bawah jagaan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak selama yang diperkenan Sultan Selangor, seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348 (2) KTJ,’’ kata hakim ketika membuat keputusan pada masa itu.
https://www.scoop.my/berita/224317/penyanyi-nasyid-yasin-dihukum-penjara-seumur-hidup-16-sebatan/

Bagaimanapun pada 22 Ogos, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Norsharidah Awang membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan berkenaan dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadap penyanyi Mimpi Laila itu.

Yasin didakwa pada 24 Mac tahun lepas, dengan satu pertuduhan memiliki 193.7 gram (g) ganja, dan satu pertuduhan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik di rumahnya di Kota Damansara.

Pertuduhan pertama adalah mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum penjara lima tahun hingga seumur hidup dan maksimum 20 sebatan.

Pertuduhan kedua menanam ganja adalah mengikut Seksyen 6B(1)(a) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya enam sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan ketiga ialah memberikan dirinya ganja adalah mengikut Seksyen 15(1)(a) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempatnya iaitu mengedar 214g ganja di rumahnya, Yasin boleh dikenakan hukuman mati, tetapi dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) pada Julai tahun lalu. – 28 April, 2025


Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related