Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1690261664:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 277
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 97932
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:97:"Parti Amanah Negara bermula di Markas PAS Bakri dan Delegasi di Hotel Trader Muar pada tahun 2015";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_primary_extra] => Array
        (
            [0] => 617
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub antara sosok penting yang berperanan kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bermula di Johor, kata Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749531854";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:5;i:1;i:18;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749783386";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:2;i:2;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749783386
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 4
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Salahuddin
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 73
        )

)
Salahuddin antara sosok penting penubuhan Amanah: Aminolhuda | Scoop

Salahuddin antara sosok penting penubuhan Amanah: Aminolhuda

Parti Amanah Negara bermula di Markas PAS Bakri dan Delegasi di Hotel Trader Muar pada tahun 2015

8:42 AM MYT

 

PONTIAN –  Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub antara sosok penting yang berperanan kepada penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bermula di Johor, kata Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.

Mengimbas kenangan bersama Timbalan Presiden Amanah itu, beliau berkata mereka berdua sebelum itu telah bersama membawa dan membina perjuangan Islam di bumi Johor seawal 1983. 

“Terlalu banyak saat gembira dan duka kita hadapi bersama untuk memperkenalkan PAS dalam masyarakat Melayu UMNO di Bumi kelahiran UMNO.

“Tetapi akhirnya kita bersama-sama keluar meninggalkan PAS lalu menubuhkan Parti Amanah Negara bermula di Markas PAS Bakri dan Delegasi di Hotel Trader Muar pada tahun 2015,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang menyifatkan Salahuddin sebagai pemimpin yang menyerlah bakat kepimpinannya berkata selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), anak kelahiran Tanjung Piai itu diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pertanian selepas Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan.

“Selepas PRU15 buat kali kedua, dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang memikul tanggungjawab sangat besar kerana kementerian ini menjaga keperluan barang-barang asas untuk kehidupan rakyat khasnya B40.

“Salahuddin telah berusaha dengan penuh amanah dan bersungguh-sungguh melihat, meninjau dan menyelidik ke seluruh negara untuk memastikan barang-barang keperluan ini dapat dirasai oleh rakyat dengan harga yang berpatutan,” katanya.

Memanggil Allahyarham dengan nama mesra “Din”, Aminolhuda yakin ramai daripada kalangan rakyat mendoakan pemergian Ahli Parlimen Pulai itu dengan penuh ikhlas dan kasih sayang.

“Semoga roh Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dicucuri rahmat dan maghfirah oleh Allah SWT, diterima pengakhirannya sebagai Husnul Khatimah, ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan Solehin,” katanya.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak. – 24 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Has J-Kom ‘strayed’ from its true purpose of promoting govt programmes?

Has the Community Communications Department (J-Kom), an agency tasked with disseminating information on the benefits and development of government programmes to the people, “strayed” from its intended purpose?

Related