Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1690186144:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 134
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_primary_extra] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 97937
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748383554";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:22;i:2;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748105185";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:16;i:2;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748383554
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:94:"PRN kali ini juga perlukan satu pendekatan yang lain, tidak boleh sama dengan PRU-15 : Mohamad";}
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Cabaran yang bakal ditempuh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak boleh dipandang ringan semua pihak, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

)
Jangan pandang ringan cabaran bakal menanti PH-BN pada PRN: Tok Mat | Scoop

Jangan pandang ringan cabaran bakal menanti PH-BN pada PRN: Tok Mat

PRN kali ini juga perlukan satu pendekatan yang lain, tidak boleh sama dengan PRU-15 : Mohamad

9:09 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Cabaran yang bakal ditempuh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak boleh dipandang ringan semua pihak, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Pengerusi BN itu berkata meskipun yakin negeri yang dikuasai PH di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan itu mampu terus dipertahankan menerusi kerjasama BN pada PRN kali ini, namun dinamika politik hari ini menuntut semua pihak berkerja keras untuk mencipta kemenangan.

Mengambil analogi perlawanan bola sepak yang menampilkan strategi berbeza bagi perlawanan yang berlainan, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata perkara sama juga berlaku dalam politik yang memerlukan pendekatan berbeza.

“Semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) corak dan strateginya lain dan dalam PRN kali ini juga perlukan satu pendekatan yang lain, tidak boleh sama maka cabaran yang kita akan hadapi juga lain. Di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, tiada masalah untuk kita pertahankan. 

“Walaupun kita mempunyai peluang untuk merampas Kelantan, Terengganu dan Kedah, namun kita perlu bekerja lebih kuat untuk cuba merampasnya…paling tidak sekurang-kurangnya menambah bilangan kerusi kita di negeri-negeri itu,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. 

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan mahu semua pihak berkempen secara matang serta mengelakkan daripada politik dan kempen tidak sihat sepanjang PRN berlangsung.

“Kalau dalam kempen pun kita dah buka habis semua pekung, dikhuatiri pihak-pihak di luar negara yang berhasrat untuk melabur di negara kita berasa bimbang untuk melabur.

“Dengan adanya pelaburan, sudah tentu ia akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu meningkatkan ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Mohamad yang telah dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan berkata biarpun telah lama mewakili kawasan berkenaan, namun ia bukan tiket untuknya berasa selesa.

“Setiap kali pilihan raya pasti cabarannya berlainan. Saya tak boleh mengambil ringan dan tetap perlu bekerja kuat untuk memastikan kemenangan,” katanya.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan telah mewakili DUN Rantau selama empat penggal sejak 2004.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di keenam-enam negeri itu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai hari pengundian manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos. – 24 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Photo of the day: Hands on with work and family

Tailor Nora Ronas works overtime to meet customers’ orders for new “baju raya” ahead of Hari Raya Aidilfitri in about two minggu. With many jam spent at work, she keeps her children close by at her shop in Keramat Mall.

Minister v podcast: Hannah Yeoh’s public feud sparks debate on sponsored content ethics

Sports minister has criticised Gintell for sponsoring episode of Keluar Sekejap pod, hosted by Shahril Hamdan and Khairy Jamaluddin

Photo of the day: Of leaky pipes, dry taps, and wet boots

A scene of leaking pipes, water puddles and a lurking worker at Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Air Selangor technicians are captured skilfully tackling a leaky pipe as they tend to numerous complaints of water supply disruption across the country’s capital.

Related