Kenyataan media Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam disiasat adalah palsu

Tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

12:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kenyataan media bertajuk ‘Siasatan ke atas Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam’ semalam  yang didakwa dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sedang tular di media sosial adalah palsu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menegaskan tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi,’’ demikian kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebook jabatan berkenaan hari ini.

Justeru orang ramai diminta merujuk akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih. – 26 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related