PRN: Aminuddin, Tok Mat ditentang calon Bersatu dan PAS

Turut diumumkan sebentar tadi ialah 35 calon PN lain yang akan bertanding dalam PRN di Negeri Sembilan, bulan depan

10:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan berdepan dengan calon Bersatu, Ahmad Raihan Muhammad Hilal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 12 Ogos ini

Manakala Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dicalonkan di DUN Rantau pula akan bertembung dengan calon PAS, Rozmal Malakan.

Nama calon-calon yang akan menentang Aminuddin dan Mohamad diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Faizal Azumu sempena Majlis Pengumuman Calon PN, PRN Negeri Sembilan di Dewan Perdana Sikamat, Seremban, hari ini.

Turut diumumkan ialah 35 calon PN lain yang akan bertanding dalam PRN di negeri tersebut.

Negeri Sembilan adalah antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada 12 Ogos ini, selain Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan sebelum ini turut menyuarakan hasrat untuk mempertahankan kerusi terbabit selepas tiada calon lain mahu bertanding di DUN Rantau yang dimenanginya sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, walaupun bersedia memberi peluang kepada muka baharu.

Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN dengan PH sebelum ini menguasai 20 kerusi, iaitu DAP dengan 11 kerusi, PKR (enam) dan Amanah (tiga).

Barisan Nasional (BN) pula memenangi 16 kerusi dengan 15 daripada dimenangi UMNO manakala MIC, satu.

Sepanjang penggal itu, satu Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan iaitu DUN Rantau berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen difailkan penyandang kerusi, Mohamad.

Beliau menerusi petisyen memohon untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban pada 16 November tahun 2018, yang mengisytiharkan kemenangan beliau bagi kerusi berkenaan pada PRU-14 terbatal dan tidak sah.

Bagaimanapun, PRK Rantau pada 13 April 2019 menyaksikan Timbalan Presiden UMNO itu berjaya mempertahankan kerusi tersebut, dengan kemenangan majoriti 4,510 undi menewaskan tiga pencabarnya iaitu calon PH Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi serta bekas pensyarah Mohd Nor Yassin.

Sementara itu, majlis pengumuman calon PN Negeri Sembilan sepatutnya dilaksanakan semalam namun atas arahan daripada kepimpinan tertinggi parti, program tersebut terpaksa dibatalkan. – 27 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Rumah agam Sharifah Aini dirobohkan, ada persoal mengapa kerajaan tidak jadikan muzium?

Rumah agam milik biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang selama ini menjadi lambang kemewahan anak seni tempatan yang benar-benar sukses dalam bidang nyanyian sedang dalam proses untuk dirobohkan.

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Mat Sabu says rice supply can last four to five months

There is sufficient rice supply to cover the country’s domestic needs for the next four to five months, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu.

Related