Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1690508300:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:159:"Di kala ekonomi serba mencabar, inisiatif ini dilihat sedikit sebanyak mengurangkan beban bagi membeli barangan keperluan harian, mahupun membayar bil atau tol";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_primary_extra] => Array
        (
            [0] => 611
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 98792
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Ekonomi Madani
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750075752";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749622286";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:0;i:2;i:6;i:1;}}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749885037";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:7;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 0
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750075752
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 157
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_wp_page_template] => Array
        (
            [0] => default
        )

)
Ekonomi Madani: Kredit e-tunai disambut penuh syukur | Scoop

Ekonomi Madani: Kredit e-tunai disambut penuh syukur

Di kala ekonomi serba mencabar, inisiatif ini dilihat sedikit sebanyak mengurangkan beban bagi membeli barangan keperluan harian, mahupun membayar bil atau tol

11:22 PM MYT

 


IPOH – Biarpun nilainya mungkin tidak seberapa namun pengumuman kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah disambut penuh kesyukuran oleh golongan sasar pemberian itu. 

Di kala ekonomi serba mencabar, inisiatif ini dilihat sedikit sebanyak mengurangkan beban bagi membeli barangan keperluan harian, mahupun membayar bil atau tol.

Seorang pekerja swasta Aizuddin Mohd Ghazali, 36, berkata program itu dapat membantunya menampung sekurang-kurangnya dari segi pembayaran tol untuk perjalanan menggunakan lebuh raya setiap kali ke tempat kerja.

“Alhamdulillah dapat membantu sedikit sebanyak. Boleh guna bayar tol di lebuh raya setiap kali pergi kerja sebab sebulan lebih kurang RM220 untuk tol sahaja,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani hari ini berkata kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat, merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

Bagi pesara tentera, Rosli Lan, 68, melahirkan kesyukuran dan menyambut baik inisiatif kredit e-tunai yang diumumkan tepat pada waktunya.

“Saya terharu dan bersyukur kerana Kerajaan Madani tidak pernah melupakan orang seperti kami selaku pesara tentera yang rata-ratanya golongan berpendapatan rendah. Ia juga jelas menunjukkan kerajaan bersungguh-sungguh memenuhi keperluan rakyatnya,” katanya.

Bagi penjawat awam Nor Ain Abu Bakar, 37 tahun dia sangat berterima kasih dengan pemberian ini kerana ia sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian kini yang semakin meningkat. 

Bantuan seumpama ini juga diharap dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi nilainya pada masa akan datang, katanya.

Mohd Bakhtiar Noor pula berkata biarpun dia berniaga namun pendapatannya menyusut kurang daripada RM100,000 setahun sejak bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu, justeru e-kredit tunai dilihat dapat meringankan beban seperti membayar bil telefon atau utiliti yang lain.

“Peniaga macam saya ni susah nak dapat peluang begini, harap-harap inisiatif kali ini, nama saya layak untuk mendapatnya, bolehlah buat bayar bil telefon sebulan dua,” kata peniaga berusia 48 tahun itu. – 27 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related