Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1690551911:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 99003
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-97702
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:119:"Bakal calon bertanding boleh menyerahkan borang pencalonan di 173 pusat penamaan calon mulai 9 pagi hingga 10 pagi esok";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_primary_extra] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PRN
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Mulai 9 pagi bakal calon daripada parti-parti yang bertanding serta calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan di 173 pusat penamaan calon yang dibuka di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 55
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750729360";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:13;i:1;i:1;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750729360
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 140
        )

    [_wp_page_template] => Array
        (
            [0] => default
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Penamaan calon esok buka gelanggang rebut 245 kerusi DUN | Scoop

Penamaan calon esok buka gelanggang rebut 245 kerusi DUN

Bakal calon bertanding boleh menyerahkan borang pencalonan di 173 pusat penamaan calon mulai 9 pagi hingga 10 pagi esok

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Gelanggang’ Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menyaksikan pertandingan di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri membuka tirai secara rasmi esok.

Mulai 9 pagi bakal calon daripada parti-parti yang bertanding serta calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan di 173 pusat penamaan calon yang dibuka di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Selain kerusi DUN di enam negeri itu, turut diadakan pada masa sama ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setelah kerusi itu diisytihar kosong berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Selepas selesai proses penamaan calon pada pukul 10 pagi esok, calon yang disahkan bertanding akan mula berkempen dengan tempoh kempen yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah 14 hari iaitu sehingga 11.59 malam 11 Ogos.

Hari mengundi ditetapkan 12 Ogos dengan pengundian awal pada 8 Ogos.

PRN itu merupakan kali pertama menyaksikan enam negeri berkenaan mengadakan pilihan raya bagi memilih Ahli DUN masing-masing secara berasingan daripada pilihan raya untuk kerusi Parlimen.

Landskap politik negara boleh dikatakan berubah apabila enam negeri itu memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing pada masa yang sama Dewan Rakyat dibubarkan 10 Oktober lepas bagi memberi laluan kepada PRU-15 pada 19 November.

Hanya Perak, Pahang, Perlis yang mengadakan pilihan raya kerusi DUN masing-masing serentak dengan PRU-15 manakala Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri masing-masing lebih awal daripada PRU.

Mengikut amalan lazim pilihan raya DUN negeri-negeri di Semenanjung diadakan serentak pada pilihan raya umum.

PRN enam negeri itu diadakan selepas DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi dibubarkan pada 22 Jun diikuti Selangor yang mempunyai 56 kerusi pada 23 Jun manakala Pulau Pinang (40 DUN), Kedah (36 DUN) dan Terengganu (32 DUN) dibubarkan pada 28 Jun dan Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi DUN pada 1 Julai.

PRN kali ini juga merupakan medan pertama Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan bakal berhadapan dengan calon-calon Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Bersatu, PAS dan Gerakan.

Parti MUDA pula membuat keputusan untuk bergerak sendiri pada PRN ini dengan menamakan 20 calon manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan untuk bertanding di 13 DUN dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menamakan calon di empat DUN. Berjasa dan Pejuang pula memilih untuk tidak bertanding. – 28 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

From player to mentor: Wee Wern calls time on glittering squash career, takes on coaching challenge

A desire to impart her years of experience to the younger generation has seen former world number five squash player Low Wee Wern make the tough decision to hang up her racquet.

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

No forced eviction of Pasir Panjang Ulu farmers, process was legal: Perak MB

Datuk Seri Saarani Mohamad said the process was carried out legally, adding that MB Inc held a series of direct negotiations with the farm operators since 2021, in addition to offering ex-gratia at a reasonable rate. 

Related