Kakistokrasi, pentadbiran berkecamuk bakal bawa kemenangan kepada PN: Hadi

Gelombang pengundi muda yang mendukung parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) lalu juga akan bersama parti berkenaan kali ini

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Perikatan Nasional (PN) akan mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, apatah lagi dalam keadaan yang disifatkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kakistokrasi.

Beliau berkata, kemenangan itu ditambah lagi dengan perkembangan terkini pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini.

“Ditambah lagi dengan perkembangan mutakhir sekarang di mana pentadbiran sangat bercelaru, banyak penyelesaian yang tidak dapat dilakukan dan janji yang tidak ditunaikan,” katanya ketika ditemui media selepas mengiringi Datuk Dr Halim Tamuri di pusat penamaan DUN Paya Jaras.

Selain itu, gelombang pengundi muda juga yang mendukung parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) lalu akan bersama parti berkenaan.

”Saya minta penyokong dalam PRU lalu terus memberikan sokongan,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan pada PRN ini, Hadi berkata pihaknya telah membuat persiapan sejak awal dan tiada masalah mengenainya, hanya untuk menggerakkan jentera sahaja.

Tambahnya pada PRN ini, PAS akan bertanding di 126 kerusi, Bersatu (83 kerusi) dan Gerakan (36 kerusi) – 29 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Ringgit eases against dollar as Fed official’s comments dampen rate cut hopes

Local note at 4.6910/6950 versus greenback at 9am

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related