Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1690614411:22
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 187
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 99343
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 22
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:67:"Isu pembinaan lebuh raya dan infrastruktur akan diberikan keutamaan";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 612
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => PKR
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin nekad menyelesaikan isu pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) yang membelenggu penduduk di DUN berkenaan termasuk masalah trafik yang menyusahkan masyarakat.
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 59
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 90
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749543718";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:8;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749928047";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:19;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749928047
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-99185
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Kamri mahu selesai isu tertunggak DUN Bukit Antarabangsa | Scoop

Kamri mahu selesai isu tertunggak DUN Bukit Antarabangsa

Isu pembinaan lebuh raya dan infrastruktur akan diberikan keutamaan

3:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin nekad menyelesaikan isu pembinaan Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) yang membelenggu penduduk di DUN berkenaan termasuk masalah trafik yang menyusahkan masyarakat.

Menurut Kamri beliau akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan bantuan Kerajaan Pusat.

“Misalnya, tentang pembangunan infrastruktur di Bukit Antarabangsa serta pembinaan Lebuhraya EKVE. Kami dimaklumkan kontraktor yang dipertanggungjawabkan mempunyai masalah untuk menyiapkan pembinaan lebuh raya tersebut mengikut jadual.

“Keadaan tersebut bukan sahaja telah mencetuskan gangguan masalah trafik tetapi ia juga turut menyusahkan masyarakat di Bukit Antarabangsa. Saya akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan isu besar ini dengan bantuan kerajaan negeri dan kerajaan pusat,” katanya kepada Scoop.

Kamri mewakili PH berdepan dengan calon Perikatan Nasional (PN) Sasha Lyna Abdul Latif dan Melanie Ting (Muda).

Ditanya mengenai peluangnya, Kamri berkata beliau mempunyai kelebihan untuk mempertahankan kerusi di kawasan tersebut, namun perlu fokus kepada isu tertunggak.

“Dari segi parti, kami tidak punya masalah. Cuma, isu-isu berkaitan dengan rakyat kita harus selesaikan juga. Ada beberapa isu yang sudah berjaya diselesaikan dan ada juga yang masih tertunda melibatkan isu-isu yang besar,” katanya.

Kamri turut memaklumkan beliau telah meminta jentera supaya berhati-hati mengenai isu 3R (agama, kaum dan institusi raja).

“Bermula hari ini juga kita akan bergerak ke bawah untuk berkempen bersama rakyat, meraih undi dan sebagainya.

“Pada kempen kali ini, saya sudah beritahu pada jentera-jentera supaya berhati-hati untuk tidak menyentuh isu mengenai 3R. Kita akan berusaha untuk elakkan dan kita juga meminta agar pihak lawan berbuat perkara yang sama.

“Harapan saya sebagai calon adalah untuk mencapai kemenangan yang besar. Melalui kerjasama Kerajaan Perpaduan bersama pihak Barisan Nasional, ia memberi harapan lebih cerah bagi Parti Keadilan untuk kekalkan kerusi DUN Bukit Antarabangsa. – 29 Julai, 2023

Topics

 

Hangat

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related