Inilah gelombang Himpunan Solidariti negara bersama Palestin

1:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tanggal 7 Oktober 2023, keamanan penduduk Palestin di Gaza dicabul untuk sekian kalinya.

Gaza terus dibedil rejim zionis. Dari kejauhan ini, sebagai tanda sokongan yang tidak bertepi, negara mengadakan Himpunan Solidariti Palestin secara aman.

Sejurus solat Jumaat, peserta mula berkumpul di depan Masjid Negara, sebelum berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS), di Jalan Tun Razak.

Seperti dijangka, kedutaan AS menutup pintu masuk hadapan semua laluan pejalan kaki bermula jam 12 tengah hari.

Bukan itu saja, peserta Himpunan Solidariti Palestin turut dihalang polis daripada memasuki Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

Perjumpaan yang turut diadakan di beberapa negeri termasuk Terengganu dan Kedah ini bertujuan membolehkan memorandum bantahan terhadap tindakan AS yang menyokong Israel dalam perang Palestin-Israel di Gaza diserahkan. – 14 Oktober, 2023

Himpunan Malaysia Bangkit bersama Palestin bermula dari hadapan Masjid Tabung Haji sehingga ke Kedutaan Amerika Syarikat. – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 14 Oktober, 2023
Peserta perhimpunan kelihatan membaca doa ketika Himpunan Solidariti bersama Gaza di Perkarangan Masjid Negara. – Gambar Scoop/Sairien Nafis, 14 Oktober, 2023
Peserta Himpunan Malaysia Bangkit bersama Palestin melangkah penuh semangat sambil mengibarkan bendera dari hadapan Masjid Tabung Haji sehingga Kedutaan Amerika Syarikat. – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 14 Oktober, 2023
Orang ramai membakar bendera Israel sebagai simbolik kekejaman Israel ketika Himpunan Solidariti bersama Gaza di perkarangan Masjid Negara. – Gambar Scoop/Sairien Nafis, 14 Oktober, 2023
Orang ramai memijak poster Benjamin Netanyahu ketika Himpunan Solidariti bersama Palestin. – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 14 Oktober, 2023
Suasana Demonstrasi Aman Solidariti bersama Gaza dan penyerahan memorandum di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. – Gambar Scoop/Alif Omar, 14 Oktober, 2023
Orang ramai dilihat membawa bendera dan sepanduk ketika menyertai Himpunan Solidariti Malaysia Bangkit bersama Palestin yang bermula dari hadapan Masjid Tabung Haji sehingga ke Kedutaan Amerika Syarikat. – Gambar Scoop. Abdul Razak Latif, 14 Oktober, 2023
Anggota polis bertugas di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat ketika Himpunan Malaysia Bangkit bersama Palestin, tidak membenarkan peserta masuk. – Gambar Scoop/ Abdul Razak Latif, 14 Oktober, 2023
Peserta Himpunan Solidariti Malaysia bangkit bersama Palestin turut memijak bendera zionis sebagai simbolik bantahan terhadap kekejaman mereka. – Gambar Scoop/Abdul Razak Latif, 14 Oktober, 2023
Walau panas terik, peserta Himpunan Solidariti bersama Gaza tetap berkumpul beramai-ramai di Perkarangan Masjid Negara untuk berarak ke Kedutaan AS hari ini. – Gambar Scoop/Sairien Nafis, 14 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Leaked gas vapours easily ignited, leading to massive explosion in Putra Heights: fire expert

KUALA LUMPUR – The gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, today is believed to have been caused by a “boiling liquid expanding vapour explosion” (BLEVE), according to a retired senior...

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related