Begini kisah Scoop…

1:52 PM MYT

 

Sedar tak sedar, sudah dua minggu anda mula berkenalan dengan kami di Scoop. 

Ditubuhkan oleh kami bertiga, dengan gabungan pengalaman selama hampir 100 tahun, besar harapan kami agar Scoop dapat mengisi jeda dalam penyebaran berita dan maklumat tanah air.

Tetapi soalan pokok yang timbul daripada azam ini adalah: Adakah kita perlukan sebuah lagi portal berita? 

Jawapannya ‘Ya’. Kami menolak gaya berita disampaikan hari ini dan mahu memberikan warta yang berguna untuk anda – dan itu menjadi mantra kami di bilik berita. 

Apabila anda membaca tulisan di portal kami atau melihat hantaran di ruang-ruang media sosial kami, semuanya akan sampai tepat dan relevan dengan kehidupan anda. 

Sesungguhnya, Malaysia kekurangan platform untuk tujuan ini. Apatah lagi dalam era permainan politik tidak berpenghujung, serta kebanjiran berita palsu dan khabar angin. 

Kami faham, pasti susah untuk anda mengenal pasti yang mana intan dan permata, apa yang propaganda dan yang mana satu kebenaran. Anak muda juga sudah tidak berminat lagi dengan berita kerana ia seringkali membosankan, meletihkan dan berbunyi seperti leteran. 

Di Scoop, para pembaca dan pengikut diberi keutamaan. Kami mahu menjadi wadah tumpahnya harapan, kerisauan serta amarah rakyat dan seterusnya menjadi sumber maklumat utama tumpuan para pemimpin, media, pempengaruh dan dan korporat.

Dengan menghalakan fokus kepada rakyat, kami percaya kami dapat memainkan peranan yang efektif dalam pembangunan nusa dan menyeimbangkan hawa politik semasa. 

Bukan satu kebetulan kami memilih untuk memulakan siaran di awal kehangatan pilihan raya negeri ini. Anda pasti dapat melihat, berita kami adalah untuk semua, tanpa memberi ruang sedikitpun untuk hal-hal berbau hasutan perkauman. 

Ayuh, ikuti perjalanan kami untuk mengecapi Malaysia yang lebih baik. 

Terima kasih.

Terence Fernandez, Ketua Pengarang Kumpulan

Datuk Zainul Arifin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

Datuk Ahirudin Attan (Rocky), Pengarah Eksekutif Kumpulan

Scoop.my, Big Boom Media Sdn Bhd

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Vehicles plough into pedestrians in vicious hit-and-run attack near Old Klang Road

Two individuals left injured as sedan and pickup truck deliberately ram into group, police probe attempted murder

Budget 2025: KBS urged to collaborate with KPKT for grassroots talent development

National junior hockey coach calls for increased funding and joint efforts between Youth and Sports Ministry and Housing and Local Government Ministry to utilise underused facilities and nurture future athletes for the 2027 SEA Games

Related