Reformasi pilihan raya termasuk mengundi di tempat bermastautin – Wan Saiful Wan Jan

Tidak wajar 'orang luar' mengundi di tempat undi yang tidak membawa kesan kepada dirinya, ungkap pemimpin Bersatu

11:35 AM MYT

 

CADANGAN YB (Yang Berhormat) Dr Abdul Halim Tamuri agar mereka yang bermastautin di Selangor mengundi di Selangor perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Malahan saya berpandangan prinsip asas dari cadangan ini mempunyai aplikasi lebih meluas iaitu sepatutnya seseorang itu hanya mengundi di lokasi dia bermastautin.

Sewaktu saya menganggotai Electoral Reform Committee yang dibentuk oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, topik ini telah ditimbulkan dan seingat saya kami memberi beberapa idea yang semuanya berkisar ke arah pengundian di lokasi mastautin.

Bagi saya, jika seseorang itu mengundi di lokasi yang dia tidak bermastautin (contohnya di kampung tempat lahir yang telah bertahun-tahun ditinggalkan), ia menimbulkan pertembungan dengan prinsip asas demokrasi iaitu kuasa memilih wakil rakyat seharusnya dipegang oleh mereka yang akan menerima kesan daripada pilihan yang dibuat, bukan oleh mereka yang tidak merasa apa-apa kesan dari pilihan mereka.

Adalah tidak wajar seseorang yang hanya pulang untuk seminggu dua dalam setahun menentukan wakil rakyat yang akan memegang jawatan untuk lima tahun di tempat itu. Jika ini berlaku, ia bermaksud individu yang telah menjadi orang luar yang tidak lagi menetap di situ seperti merampas kuasa penduduk setempat untuk menentukan wakil rakyat mereka sendiri.

Tidak wajar juga untuk seseorang yang tinggal di sesuatu lokasi bertahun-tahun tetapi sengaja pergi mengundi di tempat lain.

Ini pula seperti dia tidak mempedulikan siapa yang mewakili kawasan sendiri dan tidak mahu bertanggungjawab kepada lokaliti sendiri.

Memang seharusnya demokrasi di Malaysia memastikan bahawa konsep “local representation” ditegakkan. Ini juga adalah satu bentuk reformasi institusi.

Saya menyeru agar kita mengenepikan pertimbangan sempit kepartian seperti yang ditunjukkan oleh beberapa ahli politik PH dalam isu ini.

Perkara ini adalah lebih besar daripada kerakusan PH untuk berkuasa semata-mata. Penolakan buta tuli adalah tanda mereka tidak faham mengenai nilai sebenar local representation.

Ada yang mengatakan PH memang mahu pengundi Melayu keluar dari kawasan tertentu dan mengundi di tempat lain kerana PH ada kelebihan jika perkara itu berterusan.

Tetapi bagi saya perkara ini tidak ada kena mengena dengan bangsa atau agama. Kalau orang Cina atau India menetap di sesuatu lokaliti, mereka juga wajar mengundi di lokaliti itu secara inklusif.

Adalah tidak wajar PH menolak cadangan yang baik semata-mata disebabkan takut kalah pilihan raya. – 26 Mac, 2025

Datuk Wan Saiful Wan Jan adalah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Bahagian Bersatu Bangi.

Topics

 

Popular

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Interfaith Council concerned over proposed guidelines on Muslim participation in non-Muslim events

It said the guidelines mooted by the government, could have implications for religious understanding, tolerance, and acceptance among all Malaysians

Related