Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1743843199:14
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 153
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 252285
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 14
        )

    [onesignal_meta_box_present] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [onesignal_send_notification] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_modify_title_and_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_heading] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [onesignal_notification_custom_content] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => user-14
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => user-14
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:153:"Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 613
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 7
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748283568";s:5:"count";i:2;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:2;}}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748309052";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:1;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748026468";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1748177477";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1748309052
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 3
        )

)
Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump - Wan Fayhsal | Scoop

Petronas sebagai jantung strategi geoekonomi Malaysia berdepan ancaman perang Trump – Wan Fayhsal

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna

4:51 PM MYT

 

MINGGU ini dunia berdepan dengan badai perubahan yang luar biasa hasil penangan dasar perdagangan dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Beliau telah menghidupkan semula dasar tarif perdagangan unilateral yang menyasarkan China, Eropah bahkan negara-negara baharu membangun seperti Malaysia. Dunia dikejutkan dengan kebangkitan semula geoekonomi agresif yang tidak lagi berselindung di sebalik prinsip perdagangan bebas.

Trump melihat ekonomi bukan sekadar urusan pasaran, tetapi sebagai instrumen kuasa negara untuk mengembalikan maruah dan kedudukan AS atau istilah yang beliau sendiri sifatkan: “pembebasan semula” (liberation) daripada norma perdagangan dan ekonomi lampau yang merugikan AS saban tahun ini.

Baru-baru ini Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mengenakan tarif timbal balik ke atas Malaysia sebanyak 24%. – Gambar Instagram, 5 April, 2025

Tindakan beliau mengenakan tarif terhadap ratusan bilion Dolar AS barangan China, mengehadkan akses syarikat seperti Huawei kepada teknologi AS, serta menyekat pelaburan dari negara pesaing adalah strategi geoekonomi untuk mempertahankan hegemoni Amerika Syarikat dalam dunia yang sedang berubah.

Malaysia, sebuah negara kecil tetapi terbuka kepada dunia, tidak terlepas dari tempiasnya. Baru-baru ini, Trump telah mengenakan tarif timbal balik ke atas Malaysia bernilai 24%.

Kesan daripada dasar tarif timbal balik yang diperkenalkan oleh AS ini bukan sahaja memberi tekanan kepada ekonomi negara secara makro malah turut mengancam kesejahteraan rakyat secara langsung.

Menurut Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), Christina Tee, kesan daripada tarif ini boleh menyebabkan sehingga 50,000 kehilangan pekerjaan secara langsung dan tidak langsung, terutamanya di negeri-negeri yang bergantung kepada eksport seperti Pulau Pinang, Johor dan Lembah Klang.

Sektor yang paling berisiko termasuk elektronik, sarung tangan perubatan, dan komponen automotif, di mana pengeluaran berkait eksport dijangka menyusut dengan ketara.

Ini secara tidak langsung akan menjejaskan pertumbuhan gaji terutamanya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merupakan tulang belakang ekonomi tempatan.

Apa yang berlaku saat ini adalah satu ancaman besar buat negara. Kerajaan perlu gembleng segala usaha dan kekuatan untuk merancang dan melaksanakan dasar Geoekonomi Malaysia dalam berdepan dengan ancaman perdagangan global yang sedang berlaku kini.

Di saat genting ini jugalah kerajaan dan rakyat Malaysia perlu iktiraf Petronas sebagai salah satu entiti dan institusi geoekonomi Malaysia yang penting untuk berperanan sebagai barisan pertahanan dan pemangkin strategik geoekonomi negara.

Apa itu geoekonomi?

Sebelum kita jelaskan peranan penting Petronas dalam membantu Malaysia mengharungi badai perubahan yang dilancarkan oleh Trump, kita perlu memahami dahulu medan ilmu yang membicarakan hal ini iaitu Geoekonomi.

Geoekonomi ialah gabungan antara logik ekonomi dan matlamat geopolitik. Edward Luttwak (1990), antara tokoh terawal dalam bidang ini, mendefinisikan geoekonomi sebagai ‘logik konflik menggunakan laras perdagangan’.

Menurutnya, negara kini berperang bukan dengan peluru, tetapi dengan tarif, pelaburan dan sekatan ekonomi.

Sektor yang paling berisiko termasuk elektronik, sarung tangan perubatan, dan komponen automotif, di mana pengeluaran berkait eksport dijangka menyusut dengan ketara. – Gambar fail Scoop, 5 April, 2025

Pakar lain seperti Robert D. Blackwill dan Jennifer M. Harris (2016) menyifatkan geoekonomi sebagai ‘penggunaan alat ekonomi untuk mencapai tujuan geopolitik’. Manakala Sanjaya Baru (2012) melihat geoekonomi sebagai lanjutan kepada diplomasi luar yang didorong oleh kepentingan ekonomi.

Saya lebih suka gunakan hujah perlambangan yang diungkap oleh Thomas L. Friedman (1998), seorang penulis dan pemikir politik antarabangsa, yang memberikan satu tamsilan yang amat berkesan dalam memahami logik geoekonomi moden.

Beliau menyatakan bahawa:

The hidden hand of the market will never work without a hidden fist. McDonald’s cannot flourish without McDonnell Douglas, the designer of the F-15.”

Apa yang dimaksudkan oleh Friedman adalah bahawa sistem pasaran bebas global yang sering dilaungkan oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat sebenarnya bergantung kepada kuasa ketenteraan dan kekuatan ekonomi yang tersembunyi.

Dengan kata lain, ‘tangan tersembunyi’ pasaran tidak akan berfungsi tanpa ‘penumbuk tersembunyi’ kuasa negara.

AS mampu mengawal sistem perdagangan antarabangsa kerana ia menguasai laluan maritim global melalui angkatan tenteranya serta sistem kewangan melalui hegemoni matawang Dolar – disifatkan sebagai mempunyai ‘keistimewaan terlampau’ (exorbitant privilige) oleh mantan Presiden Perancis Valéry Giscard d’Estaing dan pengaruhnya ke atas sistem pertukaran wang antarabangsa Society for Worldwide Interbank Financial (SWIFT).

Thomas L. Friedman menggunakan ungkapan yang bermaksud sistem pasaran bebas global yang sering dilaungkan oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat sebenarnya bergantung kepada kuasa ketenteraan dan kekuatan ekonomi yang tersembunyi. – Gambar media sosial, 5 April, 2025

Dalam konteks ini, geoekonomi ialah seni menggunakan instrumen ekonomi – seperti tarif, sekatan, pelaburan dan penguasaan teknologi – untuk memperkukuh kedudukan geopolitik.

Tamsilan Friedman ini membuktikan bahawa kekuatan pasaran dan strategi kuasa negara bukanlah dua entiti yang berbeza, tetapi saling bergantung dan digunakan secara bersepadu oleh kuasa besar.

Petronas: Jantung strategi geoekonomi Malaysia

Petronas bukan hanya syarikat minyak dan gas nasional, ia adalah instrumen strategik geoekonomi negara. Sejak awal penubuhannya Petronas telah memainkan peranan yang amat penting dalam menjana hasil negara yang digunakan untuk pembangunan sosial dan ekonomi.

Malah Petronas juga telah berperanan secara berkesan sebagai wadah dan instrumen diplomasi ampuh buat Malaysia kerana kemampuan mereka mewujudkan jaringan diplomatik perdagangan melalui operasi di 100 buah negara.

Syarikat minyak dan gas gergasi ini juga berperanan menegakkan kedaulatan ke atas sumber hidrokarbon di Malaysia dan di luar negara yang mana kita ada kepentingan perniagaan ke atasnya.

Kedudukan strategik Petronas sebagai entiti geoekonomi negara telah dizahirkan melalui usaha Petronas selama hari ini dalam meningkatkan pengaruh dan reputasi Malaysia melalui percaturan kuasa lunak (soft power) buat Malaysia contohnya daripada sebesar-besar pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), ibu kota pentadbiran kerajaan di Putrajaya, penganjuran dan penajaan dalam sukan permotoran seperti Formula 1 dan MotoGP yang beri dampak besar di pentas antarabangsa sehinggalah kepada pemerkasaan modal insan melalui penawaran biasasiswa dan pendidikan teknikal buat warga Malaysia dan negara-negara membangun dari Afrika, dan Asia Tengah yang Petronas punya jalinan perniagaan di sana.

Petronas telah buat segalanya itu buat kebaikan Malaysia.

Autonomi Petronas dan strategi diversifikasi pasaran perdagangan buat negara

Tapi semua ini tidak akan pernah berhasil kalau mana Petronas tidak mandiri dalam berniaga. Autonomi Petronas dalam membuat keputusan pelaburan dan operasi adalah kunci kepada keberkesanan strateginya.

Tanpa campur tangan politik yang melampau, Petronas mampu merancang pelaburan jangka panjang secara efisien seperti yang telah lama berlangsung dulu.

Kekuatan kemandirian ini menjadikan Petronas mampu bertindak balas terhadap risiko geopolitik secara fleksibel dan menjadi pemudah cara diplomasi ekonomi Malaysia seperti yang dizahirkan secara berkesan di zaman kepimpinan YAB Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri dahulu – era di mana Petronas benar-benar “flex its muscles” sebagai sebuah institusi geoekonomi negara di pentas dunia.

Kehadiran Petronas di Afrika (Sudan, Chad, Algeria) dan Asia Tengah (Turkmenistan) membuka laluan kepada Malaysia untuk menembusi pasaran-pasaran baharu.

Ini penting sebagai strategi penampan (buffer) terhadap ketidaktentuan global akibat perang dagang AS-China. Petronas boleh bertindak bukan sekadar pelabur, tetapi pencetus kepada ekosistem perniagaan Malaysia di luar negara.

Petronas sebagai institusi geoekonomi dan perbandingan global

Jika dibandingkan dengan gergasi tenaga dunia lain, Petronas menunjukkan bahawa negara bersaiz sederhana seperti Malaysia mampu memiliki alat geoekonomi yang setaraf dengan entiti geoekonomi gergasi lain sebagai contoh:

– ARAMCO (Arab Saudi): Dana Vision 2030, kawalan pasaran global.

– Gazprom (Rusia): Alat tekanan terhadap negara-negara Eropah.

– Sinopec (China): Diplomasi tenaga yang dimainkan dalam Strategi Raya ‘Belt and Road’ China.

– Equinor (Norway): Model kapitalisme etika dan pelaburan masa depan.

– ADNOC + Mubadala (UAE): Pendekatan pelaburan global dan teknologi hijau.

Kesemua syarikat ini menjadi alat kuasa geoekonomi negara-negara tersebut – dan Petronas tidak terkecuali buat Malaysia.

Kesimpulan: Pertahan, bebaskan dan pacu ke hadapan

Dalam dunia yang semakin bergolak akibat persaingan kuasa besar dan ketegangan geoekonomi, Malaysia mesti mempertahankan Petronas sebagai instrumen strategik negara. Autonomi korporatnya perlu dipelihara, dan peranannya sebagai pemangkin diplomasi dan pembangunan negara perlu terus diperkukuh.

Petronas adalah benteng kedaulatan dan kuasa geoekonomi Malaysia. Ia bukan sekadar milik korporat – ia milik rakyat. Kita harus mempertahankan dan memanfaatkan aset ini demi masa depan negara yang lebih berdaulat dan berdaya saing di persada antarabangsa – lebih-lebih lagi dalam berdepan badai ketidaktentuan perang perdagangan yang Presiden Trump telah lancarkan.

Saya seru semua pihak rentas parti, agama, dan kaum – jangan lemahkan Petronas dalam apa jua cara dan keadaan kalau kita mahu selamat mengharungi badai perubahan ini.

Petronas adalah institusi terpenting Strategi Raya Geoekonomi Malaysia – jikalau yang jadi nakhoda (baca: Perdana Menteri) itu pandai mengemudi layarnya.

Jangan jadikan Petronas sekadar alat tunggangan untuk nafsu serakah politik yang sempit kelak kita sekadar sesal pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. – 5 April, 2025

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal adalah Ahli Parlimen Machang dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu

Topics

 

Popular

Agong, queen convey Vaisakhi, Tamil New Year wishes

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim and Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah conveyed Vaisakhi and Tamil New Year greetings to the Malaysian Sikh and Tamil communities, respectively, today

Clash of civilisations: Bukit Choras relics spark debate on suppression of history – Part 2

Ancient Kedah was unique in the region due to its multicultural nature, but is there a reluctance to develop Lembah Bujang dig sites?

Secret or not, DBKL had every right to sell Masjid India land: Muslim lawyers

Response comes as activists push for 130-year-old temple to remain on site

Related