Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1693624531:20
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 20
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-107304
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 345
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 107333
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:156:"Marsha akui turut menghantar beberapa video kepada pengarah Syamil Othman tentang beberapa gerakan yang dirasakan sesuai andai dilakukan ketika penggambaran";}
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Marsha Milan
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Marsha akui turut menghantar beberapa video kepada pengarah Syamil Othman tentang beberapa gerakan yang dirasakan sesuai andai dilakukan ketika penggambaran
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 65
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1750724236";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:2:{i:20;i:1;i:0;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1750724236
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-107304
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Amalan yoga mudahkan saya bawa watak hantu dalam Rahsia – Marsha Milan | Scoop

Amalan yoga mudahkan saya bawa watak hantu dalam Rahsia – Marsha Milan

Marsha akui turut menghantar beberapa video kepada pengarah Syamil Othman tentang beberapa gerakan yang dirasakan sesuai andai dilakukan ketika penggambaran

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon berbakat besar, Marsha Milan memberitahu bahawa dia sering mendapat tawaran untuk melakonkan watak hantu dalam filem mahu pun drama.

Terbaru, Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 38, sekali lagi diberikan peluang untuk menggalas watak hantu dalam filem Rahsia arahan Shamyl Othman yang sedang hangat ditayangkan di pawagam.

“Mula-mula saya terfikir, berapa kali nak jadi hantu ni. Tetapi bila difikirkan semula, setiap karya pasti ada perbezaannya. Walaupun saya dah banyak kali bawa watak hantu, saya percaya watak hantu untuk filem ini ada potensinya yang tersendiri,” katanya kepada Scoop.

Tambah pelantun lagu Cinta ini lagi, ketika mendapat skrip, dia agak gementar bagaimana mahu menyuntik kelainan untuk watak kali ini agar tidak kelihatan klise.

“Shamyl banyak memberikan tunjuk ajar bagaimana untuk saya berikan kelainan dalam filem ini. Saya agak gusar juga andai dia tak suka dengan persembahan saya kerana sewaktu penggambaran, kita tak dapat nak agak dari wajahnya sama ada dia puas ataupun tidak,” ujarnya.

Kongsi Marsha lagi, dalam filem ini dia perlu melakukan beberapa babak yang memerlukan pergerakan yang sukar seperti tergantung di dinding dan menterbalikkan badannya seperti gerakan senaman yoga.

“Mujur saya juga merupakan seorang pengamal yoga. Saya pernah hantar video kepada Syamil tentang beberapa gerakan yang dirasakan sesuai andai dilakukan ketika penggambaran.

“Pada awal penggambaran, saya terpaksa menghabiskan masa selama lapan jam untuk proses solekan wajah hantu sebelum produksi betul-betul dapat ‘look’ yang tepat,” kongsinya.

Marsha turut meluahkan keterujaannya apabila dapat bergandingan dengan aktor berpengalaman, iaitu Eman Manan dalam filem ini.

“Eman Manan adalah seorang legenda yang masih hidup. Apabila dapat peluang bergandingan dengan beliau sudah tentu saya gembira dan teruja. Pada mulanya saya ingatkan saya tiada babak bersamanya.

“Sebagai watak hantu, boleh sahaja mereka nak gunakan pelakon ganti. Tetapi mereka tetap mahukan saya yang lakonkan babak bersama Eman Manan,” katanya yang melakonkan sendiri hampir semua babaknya dalam filem ini.

Filem Rahsia yang turut dibintangi oleh Nabila Huda dan Fikry Ibrahim ini merupakan filem ‘reboot’ daripada filem Rahsia 1987 arahan Othman Hafsham. Anak Othman sendiri iaitu Shamyl menggalas tanggungjawab sebagai pengarah untuk filem versi baru ini yang diterbitkan oleh Astro Shaw. – 28 Ogos, 2023

Topics

 

Popular

Johor Sultan’s desire to put MACC, Petronas under Agong’s purview poses no threat to constitution: Anwar 

The views expressed by Johor ruler Sultan Ibrahim Sultan Iskandar regarding placing the Malaysian Anti-Corruption Commission and Petronas under the purview of the Yang di-Pertuan Agong are not a threat to the federal constitution, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Discourse on 3R issues allowed, but with boundaries: PM

Criticism and opinions welcomed but destruction, division, incitement, and insults are not

Zahid’s DNAA: Wan Fayhsal submits motion for AG to explain in Parliament 

Bersatu Youth chief Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal has submitted an emergency motion for Parliament to hold a special sitting for the attorney-general to explain Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi’s conditional discharge from his corruption trial. 

Related