Bapa Anna Jobling meninggal dunia, beliau seorang bapa yang mengagumkan

Berita duka itu dikongsikan Anna Jobling menerusi hantaran di Insta Story

2:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bapa kepada pelakon popular Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling Abdullah telah meninggal dunia pada malam Khamis.

Berita duka itu telah dikongsikan oleh Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling, 23, menerusi hantaran di Insta Story yang dimuat naik pada pagi Jumaat.

“Bapa saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah telah menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada malam tadi.

“Beliau merupakan seorang bapa yang sangat mengagumkan dan sentiasa menyokong saya dalam segala hal.

“Anna mohon jasa baik anda semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Bagaimananapun, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu tidak mendedahkan punca kematian bapanya.

Anna merupakan anak tunggal buat ibu dan arwah bapanya yang berasal dari United Kingdom. Salam takziah. – 8 September, 2023

Topics

 

Popular

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related