Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1694446521:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_oembed_62891bc7be2531dd83f17a9943a06ae1] => Array
        (
            [0] => {{unknown}}
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 113107
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-111673
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:164:"Juara Hero Remaja 2021 itu berkata, dia berjanji dengan ibu dan bapanya sebelum menyertai pertandingan berkenaan walau apa berlaku, dia tetap menghabiskan pengajian";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => tamat pengajian
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Juara Hero Remaja 2021 itu berkata, dia berjanji dengan ibu dan bapanya sebelum menyertai pertandingan berkenaan walau apa berlaku, dia tetap menghabiskan pengajian
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 58
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 60
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:1;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749585708";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:20;i:1;}}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749321342";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:18;i:1;}}i:6;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749376492";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:9;i:1;}}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749585708
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 343
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
'Ini janji saya kepada mama dan abah' - Mierul Aiman tamat pengajian bidang kejuruteraan dengan kepujian | Scoop

‘Ini janji saya kepada mama dan abah’ – Mierul Aiman tamat pengajian bidang kejuruteraan dengan kepujian

Juara Hero Remaja 2021 itu berkata, dia berjanji dengan ibu dan bapanya sebelum menyertai pertandingan berkenaan walau apa berlaku, dia tetap menghabiskan pengajian

2:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon popular yang juga juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman gembira dan sebak apabila akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) di Universiti Selangor dalam majlis konvokesyen semalam.

Menurut Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 25, dia berjanji dengan ibu bapanya untuk menamatkan pengajian sewaktu meminta keizinan mereka bagi menyertai pertandingan Hero Remaja.

“Perasaan saya pada ketika ini bercampur baur. Saya rasa teruja, bahagia dan sebak kerana dapat memberikan hadiah paling bermakna buat ibu dan bapa saya. Lima tahun saya berjuang untuk sampai ke hari ini. Pelbagai suka dan duka saya lalui bersama sahabat handai.

“Sebelum saya sertai Hero Remaja, saya masih berbaki satu semester. Jadi saya perlu tangguh satu semester. Saya tanya ibu dan bapa boleh tak kalau saya nak masuk Hero Remaja. Saya bersyukur kerana mereka meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada saya.

“Mereka tahu saya mempunyai minat sangat mendalam terhadap bidang seni. Tetapi dalam masa sama saya juga punya cita-cita dalam bidang profesional iaitu kejuruteraan, jadi saya berjanji dengan mereka bahawa walau apa berlaku, saya tetap habiskan pengajian,” katanya kepada Scoop.

Ditanya adakah dia akan meneruskan cita-citanya untuk bergelar jurutera mekanikal selepas ini, kata pelakon drama Projek High Council itu, buat masa sekarang tumpuannya diberikan kepada bidang seni.

“Menjadi seorang artis adalah minat saya yang paling besar. Namun cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang jurutera. Saya rasa bidang kejuruteraan adalah paling terbaik dan sesuai dengan saya jika saya ingin bekerja dalam bidang profesional,” jelasnya.

Sejak berkongsi fotonya di majlis konvokesyen, dia menerima ucapan tahniah tidak putus-putus daripada netizen yang turut memujinya sebagai individu kacak serta berilmu.

Apapun, dia berkata, walau apa sahaja pekerjaan dipilih seseorang, ia tidak menjadi masalah asalkan mereka perlu mempunyai ilmu kerana perkara ini sangat penting.

“Ilmu adalah sangat penting. Daripada ilmu akan muncul kemahiran. Dan daripada kemahiran itu akan membawa kepada minat kita dalam sesuatu pekerjaan. Daripada kemahiran itu juga menjadikan kita seseorang yang lebih baik kerana personaliti kita terbentuk daripada perkara kita minat.

“Paling penting adalah percaya kepada diri sendiri, percaya kepada minat anda ada serta percaya kebolehan diri sendiri. Kekuatan sesuatu mimpi adalah kepercayaan,” ujarnya. – 11 September, 2023

Topics

 

Popular

A man with fire in his belly: Jagdeep remembers his father Karpal’s strength in the face of disability

Despite paralysis from a tragic accident, the DAP stalwart remained a fearless fighter—his legacy now upheld by his son

Daim’s lawyers slam police for ‘failing’ to probe PM over Bloomberg’s power abuse claims

Counsel for former finance minister question why news agency and reporters are being probed instead

Pendirian AGC konsisten, RUU GEG tidak berperlembagaan

Jabatan Peguam Negara secara konsisten berpandangan bahawa Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) adalah tidak berperlembagaan (unconstitutional).

Related