Terima ancaman netizen yang mahu unfollow akaun IG miliknya, follower Fasha Sandha naik 25,000 sejak semalam

Gara-gara video intim dan mesra dengan suaminya Aidil Aziz, ada peminat yang tidak mahu mengikutnya lagi di Instagram, tapi sebaliknya pula yang berlaku

2:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Di sebalik ancaman segelintir peminat yang bertindak tidak mahu follow lagi Instagramnya gara-gara video intim dan mesra dengan suaminya Aidil Aziz, aktres Fasha Sandha terkejut apabila melihat jumlah pengikutnya bertambah sebanyak 25,000 di akaun media sosialnya itu.

Fasha Sandha yang kelihatan anggun mengenakan baju tradisional Puteri Perak berwarna kuning diraja berkata, pertambahan jumlah pengikut sebanyak itu mula disedarinya sejak semalam.

“Yang follow lebih banyak daripada yang unfollow. Saya sangat-sangat hargai kepada mereka yang follow saya. Jumlah komen yang saya terima sebanyak 5,000 lebih.

“Video yang disimpan pula beribu-ribu dan jumlah tontonan pula sebanyak 1 juta lebih, “katanya sewaktu ditemui di majlis pelancaran pemilihannya sebagai duta produk jamu, Beunita keluaran Inayah Beauty.

Fasha Sandha berkata, apa yang dikongsikannya itu sebetulnya sangat subjektif dan bergantung kepada penerimaan dan penilaian seseorang – Gambar Scoop, 16 September, 2023

Fasha mengundang kontroversi apabila memuat naik sebuah hantaran video pendek yang memperlihatkan dia dan suaminya, aktor Aidil Aziz sedang berendam di dalam tab mandi, dua hari lalu.

Dalam video berkenaan, Fasha hanya mengenakan singlet berwarna hitam manakala Aidil dilihat tidak memakai baju sehingga menampakkan tubuh badannya yang sasa.

Klip berdurasi 10 saat itu turut menyaksikan pasangan itu melakukan beberapa aksi mesra seperti berpelukan dan berlaga pipi. Ia telah mengundang rasa tidak senang dalam kalangan segelintir netizen sehingga Fasha turut memuat naik permohonan maaf.

Namun, video tersebut sebetulnya hanyalah sedutan daripada video penuh untuk pelan dan strategi pemasaran produk Beaunita dan video penuhnya akan mula dilancarkan pada hari ini.

Mengulas mengenai perkara tersebut Fasha berkata, apa yang dikongsikannya itu sebetulnya sangat subjektif dan bergantung kepada penerimaan dan penilaian seseorang.

Kata Fasha lagi, apa yang dilakukan hanyalah untuk memberi inspirasi kepada pasangan yang sudah berkahwin tentang elemen berkasih sayang – Gambar Scoop, 16 September, 2023

“Ada yang berfikiran positif dan ada yang tidak suka. Kita tidak boleh nak control apa yang fikir atau rasa mengenai video tersebut dan tidak salah pun jika ada yang tidak suka.

“Apabila saya diberikan suatu tugasan, ia adalah satu komitmen dan apabila saya melakukannya, saya rasa ia tidak keterlaluan. Itu yang saya rasa bagi diri saya.

“Tapi mungkin, ada pihak yang sensitif dan mereka tidak dapat menerimanya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Tapi, macam yang saya katakan tadi, di samping orang tidak suka, ada yang suka dan memandangnya dari sudut positif,” katanya.

Jelas Fasha lagi, sebetulnya apa yang dilakukannya di dalam video itu bukanlah terlalu negatif dan ia hanyalah dilakukan untuk memberikan inspirasi kepada pasangan yang sudah berkahwin tentang elemen berkasih sayang.

“Pejam celik, saya dan Aidil sudah enam tahun berkahwin. Tapi, kami masih lagi ada perasaan rindu, tak sabar nak balik rumah dan berjumpa.

“Walaupun saya wanita bekerjaya saya tidak pernah lupa perut dia. Kalau saya di set penggambaran saya pastikan dia dah makan. Kalau saya tak sempat makan, saya akan order Foodpanda atau Grabfood untuk dia.

“Saya mahu beri inspirasi kepada pasangan berkahwin untuk sentiasa berkasih sayang. Saya tidak sempurna tapi saya akan terus lakukan yang terbaik untuk suami saya,” katanya. – 16 September 2023

Topics

 

Popular

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Putra Heights gas explosion: MBSJ’s ROW incursion approval needs scrutiny, says planning law expert 

Just because approval is given does not make it right, reminds Derek Fernandez  

Reformasi! PM, unity govt partners visit Selangor on nomination day

The three state seats under the Gombak parliamentary constituency are shaping up to be the hottest in Selangor as some of the biggest names turned up this morning for nomination day.

Related