Noah bakal remaja: BCL mengenang kehidupan tiga tahun tanpa Ashraf Sinclair 

Bunga bersama anak tunggal mereka Noah menziarahi pusara arwah sempena ulang tahun kelahiran Allahyarham Ashraf Sinclair

1:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sedar tidak sedar, sudah lebih tiga tahun, pengacara dan pelakon, Ashraf Sinclair pergi meninggalkan kita semua untuk pulang ke negara abadi dan semalam juga adalah hari ulang tahun Allahyarham yang ke-44 tahun.

Namun, kasih dan cinta balunya iaitu penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) terhadap arwah tidak pernah sekali pun pudar.

Sempena hari ulang tahun kelahirannya, Bunga bersama anak tunggal mereka, Noah menziarahi pusara arwah.

Turut bersama mereka adalah ibu bapa Ashraf, Mohamad Anthony John Sinclair serta Khadijah Abdul Rahman.

Memuat naik gambar di pusara arwah, Bunga menulis kata-kata penuh syahdu ditujukan buat arwah.

Dear kamu,

“Hari ini seharusnya ulang tahun kamu yang ke 44. Tapi, takdir berkata berbeza. Kamu sudah pergi terlebih dahulu.

“Kami di sini untuk mengatakan bahawa kami baik-baik saja, kami lebih baik, kami hidup dan kami telah mencipta kenangan baru, dengan kekuatan kamu di dalamnya. Kamu akan kekal di hati kami selamanya. Kami merindui kamu, sentiasa.

“Selamat ulang tahun kelahiran di syurga. Terima kasih untuk segalanya,” tulis Bunga dengan emoji berbentuk hati.

Bahkan, Bunga turut memberitahu arwah bahawa Noah secara rasmi akan menjadi seorang remaja dalam tempoh empat hari lagi.

Noah bakal menginjak usia 13 tahun pada 22 September ini. – 19 September, 2023

Topics

 

Popular

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

No tolerance for racial, religious hatred, PM warns of severe action

I can stand to be attacked, but I draw the line at others inciting hate using racial and religious sentiments, said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related