Noh Salleh tamat zaman duda, selamat diijabkabul dengan Athira

Vokalis kumpulan Hujan itu berkongsi foto perkahwinannya bersama Athira di Instagram

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fatin Athira Mustapha, hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 38, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi tanda lokasi yang tertera di hantaran tersebut, perkahwinan pasangan itu dipercayai diadakan di Tanjung Malim, Perak.

Sebelum ini pernah timbul khabar angin mengatakan Noh bakal menamatkan zaman dudanya dengan seorang wanita yang bekerja sebagai peguam.

Khabarnya juga pasangan ini telah pun bertunang pada 7 Mei lalu.

Tahniah diucapkan kepada Noh dan Athira. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga. Selamat pengantin baru. – 23 September 2023

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related