Dihentam netizen macam tiada hari esok, Kak Lina okay saja

Menurut Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina, dia terima segala teguran dengan hati terbuka kerana semua orang ada hak untuk bersuara

7:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menyedari namanya menjadi bualan hangat netizen di media sosia, pengacara Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10) iaitu Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina mengakui dia okay sahaja.

Menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram, Elly memberitahu ramai tertanya-tanya sama ada dia okay ataupun tidak selepas dihentam macam tiada hari esok.

“Ramai orang tertanya-tanya Suraya (nama timangan Elly) okay ke tu dihentam macam tiada hari esok. Jangan risau, Suraya okay. Semua orang ada hak untuk bersuara.

“Lagipun segerombolan yang hentam Suraya tu kawan-kawan Suraya juga. Suraya terima dengan hati terbuka. Suraya tak marah. Orang tegur kerana sayang,” tulisnya.

Terdahulu ramai netizen menghentam cara pengacaraan Elly sewaktu mengacarakan GV10 bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse pada malam Ahad lalu.

Rata-rata mereka menyifatkan caranya terlalu ‘over’ dan gedik sehingga menyebabkan ramai hilang ‘mood’ untuk menonton rancangan hiburan nombor satu berkenaan.

Tahun ini merupakan tahun kedua Elly menjadi pengacara Gegar Vaganza.

Tahun lalu dia menggantikan Jihan Muse yang melahirkan anak kedua.

Elly juga merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga. – 26 September 2023

Topics

 

Popular

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

Related