‘Patutlah nampak orang terbang, rupanya Nadhir Nasar bertarung dengan Beto Kusyairi di Menara Berkembar Petronas’

Drama Super Wira arahan Ghaz Abu Bakar itu turut meraih kritikan, sehingga ada menyarankan supaya mendapatkan khidmat pempengaruh, Sofyank

9:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Klip video pertarungan di antara dua pelakon, Nadhir Nasar dengan Beto Kusyairi sambil terbang di udara dengan berlatarbelakangkan bangunan ikonik, Menara Berkembar Petronas di KLCC menarik perhatian ramai.

Dimuatnaik Nadhir di Instagram miliknya, hantaran itu menerima tanda suka sebanyak 11,845 orang dalam tempoh enam jam.

Nadhir membawakan watak antagonis bernama Roy dalam drama Super Wira. – Gambar media sosial, 3 Oktober, 2023

“Bertanding di awan Kuala Lumpur dengan Beto Kusyairi. Dengan kuasa, adakah kita bakal peroleh segalanya?

“Satu kuasa baru bakal menggegar langit Kuala Lumpur. Kau ready (bersedia)? Kapten Gemilang, akan aku perang kau habis-habisan depan mata nanti,” tulisnya.

Paparan itu adalah sebahagian daripada babak pertarungan drama bersiri Super Wira yang bakal ditayangkan Astro Ceria bermula, 23 Oktober ini.

Dalam drama itu, Beto memegang watak sebagai Super Wira bernama Kapten Gemilang yang lengkap berbaju Melayu, manakala Nadhir memegang watak antagonis bernama Roy.

Hantaran klip video itu meraih komen melucukan daripada pengikutnya di laman media sosial tersebut.

Aktor Zizan Razak yang turut berlakon di dalam drama ini meninggalkan komen: “Ada ambik (ambil) upah kait petai tak?”.

Pengguna bernama @servermoreyusof pula berkata: “Bekal lunch dah letak kat balkoni, nanti datang ambik je elok-elok terbang, bye,”.

Sementara @wiwinruslan menambah: “Sekarang dah la tengah jerebu. Hati-hati tau,” katanya.

Menurut @fatinemelyn, “Elok-elok terbang tu bang takut terhantuk dengan kapal terbang je,”.

Komen @alya.franzitch pula mengatakan “Patut semalam rasa macam nampak orang terbang kat KLCC, Nadhir rupanya,”.

Manakala @Suhae_ berkata, “Terbang kat depan rumah saya please,”.

Bagaimanapun, klip video itu, bagaimanapun turut meraih kritikan kerana imej komputer digunakan (CGI) yang digunakan, dianggap kurang bermutu sehingga ada menyarankan supaya mendapatkan khidmat pempengaruh, Sofyank.

Seorang pengguna berkata, “Tak real betul, suruhlah Sofyank ke yang buat. Adehhhh. Macam graphic PS2. Oh, Malaysiaku mundur,” katanya.

Pengguna lain pula memberi komen, ‘Jangan marah ye, CGI masih nampak kurang sangat, harap boleh diperbaiki. Ambillah Sofyank, rasa dia boleh buat lagi baik. Tapi apapun. Lakonan terbaik,” katanya.

Selain Nadhir, Beto dan Zizan, ia turut dibintangi Ezzaty Abdullah, Idan Aedan serta Arena Wan. – 3 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Don’t blame students for govt’s failure, Shafie tells GRS amid UMS water protest

Warisan president criticises state govt for scapegoating UMS students protesting ongoing water supply issues in Sabah, calling for accountability rather than blame

NCPR route: Activists slam Penang’s RM2.4bil ‘car-centric’ solution for endangering environment, wildlife

Environmentalists and transport advocates warn of irreversible damage as state pushes ahead with controversial Tanjung Bungah-Teluk Bahang road

Related