Tiada penyingkaran di konsert minggu ketiga, GV10 bakal bawa penyanyi ‘top’ negara untuk minggu duet 

Antara penyanyi popular yang akan muncul sebagai rakan duet untuk peserta GV10 ialah Ziana Zain, Datuk M Nasir dan Datuk Jamal Abdillah

12:31 PM MYT

 

SHAH ALAM — Konsert minggu ketiga All Star Gegar Vaganza yang berlangsung malam tadi menyaksikan tiada peserta yang tersingkir.

Sewaktu Ayai Ilusi berada di kedudukan paling tercorot, pengacara mengumumkan ada lagu lagi untuk Ayai sekali gus mengesahkan tiada penyingkaran pada malam itu. 

Minggu hadapan bakal menyaksikan kesemua peserta berduet dengan penyanyi penyanyi popular serta yang bertaraf legenda antaranya Ziana Zain, Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Liza Aziz, Misha Omar, Marsha Milan, Idayu, Mamat Exist, Stacy, Aisyah Aziz, Amir Masdi, Vince dan Azmi Caliph Buskers. 

Tiada penyingkiran bagi peserta untuk minggu ke-3 All Star Gegar Vaganza, malam tadi. – Gambar Astro, 9 Oktober, 2023

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, minggu ketiga tiada penyingkiran kerana pihak produksi telah menyingkirkan dua peserta pada minggu kedua.

“Tambahan pula penyanyi undangan untuk setiap peserta pada minggu keempat semuanya hebat-hebat belaka. Jadi kami rasa apa salahnya bawa semua peserta ke minggu hadapan.

“Namun minggu hadapan mungkin akan ada lebih dari seorang peserta yang tersingkir,” katanya ketika ditemui pada sidang media.

Datuk Ramli MS mahu melihat peserta menyanyi dengan baik untuk minggu duet kerana mereka bakal berpadu dengan penyanyi-penyanyi yang hebat.  – Gambar Astro, 9 Oktober, 2023

Sementara itu bagi ketua juri, Datuk Ramli MS, beliau mahu melihat peserta menyanyi dengan baik untuk minggu duet kerana mereka bakal berpadu dengan penyanyi-penyanyi yang hebat. 

“Sebagai pengarah muzik, saya akan full throttle dari segi persembahan. Biar muzik push them to the limit. kalau boleh kami para juri tidak mahu lagi lihat peserta melakukan kesilapan teknikal kerana perkara itu adalah asas dalam setiap penyanyi. Kami nak tengok satu benda yang luar jangkaan,” katanya . 

Bagi Datuk Syafinaz pula dia dapat menjangkakan konsert minggu keempat akan menjadi sangat hebat dengan adanya penyanyi undangan. 

“Tetapi apa yang saya takutkan adalah peserta akan dikaburi dengan penyanyi undangan mereka. Itu bahaya. Para peserta perlu berhati-hati dan buat persediaan rapi untuk kelihatan setara. 

“Sebagai juri kami juga ingin lihat kelainan. Peserta perlu ingat mereka bukan buat persembahan untuk peminat mereka sahaja. Sebab kalau anda menyanyi untuk peminat, anda buat apa sahaja pun peminat akan suka. Anda perlu puaskan hati semua,” ujarnya. 

Pada konsert minggu ketiga, Jaclyn Victor yang menyanyikan lagu Bole Chudiyan muncul peserta yang meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 76 peratus.

Tempat kedua pula menjadi milik Liza Hanim yang membuat persembahan hebat menerusi lagu Pantun Janda dengan markah sebanyak 74.75 peratus. Tangga ketiga pula milik Naqiu (74.50 peratus). 

Tiga kedudukan paling bawah menyaksikan Datuk Aishah yang menyampaikan lagu Pematah Hati berada di tangga 12 dengan markah sebanyak 57.52 peratus, tempat ke-13 ialah Zamani yang menyampaikan lagu Yang Sedang Sedang Saja (53.75 peratus) dan tempat ke-14 Ayai Ilusi dengan lagu Donde (51.75 peratus). – 9 Oktober, 2023.

Topics

 

Popular

BAM confirms salary increment demands from top players, review process underway

Acting president Datuk V. Subramaniam acknowledges requests for salary increments and emphasises ongoing discussions to assess their feasibility

Ahmad Samsuri kekal sebagai MB Terengganu

Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua di Istana Syarqiyyah di Chendering, dekat sini hari ini

Operasi beras putih tempatan dilaksana

“Ini bagi memastikan keseluruhan rantaian bekalan pengedaran beras di semua peringkat, mematuhi peraturan dan perundangan sedia ada,” katanya.

Related