Array
(
    [_edit_lock] => Array
        (
            [0] => 1696838227:13
        )

    [tdc_dirty_content] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [tdc_icon_fonts] => Array
        (
            [0] => a:0:{}
        )

    [_edit_last] => Array
        (
            [0] => 13
        )

    [_post_language] => Array
        (
            [0] => Bahasa Malaysia
        )

    [_molongui_author] => Array
        (
            [0] => guest-107304
        )

    [_molongui_main_author] => Array
        (
            [0] => guest-107304
        )

    [td_post_theme_settings] => Array
        (
            [0] => a:1:{s:11:"td_subtitle";s:188:"Biarpun ‘Persona’ menceritakan perjalanannya dalam mencari jati diri sebenar khasnya melalui muzik, namun Yonnyboii memilih lagu tentang isterinya, ‘Dilamun’ sebagai single pertama";}
        )

    [_yoast_wpseo_primary_category] => Array
        (
            [0] => 603
        )

    [_yoast_wpseo_focuskw] => Array
        (
            [0] => Yonnyboii
        )

    [_yoast_wpseo_metadesc] => Array
        (
            [0] => Biarpun ‘Persona’ menceritakan perjalanannya dalam mencari jati diri sebenar khasnya melalui muzik, namun Yonnyboii memilih lagu tentang isterinya, ‘Dilamun’ sebagai single pertama
        )

    [_yoast_wpseo_linkdex] => Array
        (
            [0] => 63
        )

    [_yoast_wpseo_content_score] => Array
        (
            [0] => 30
        )

    [_yoast_wpseo_estimated-reading-time-minutes] => Array
        (
            [0] => 3
        )

    [_yoast_wpseo_wordproof_timestamp] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [post_views_count] => Array
        (
            [0] => 457
        )

    [_oembed_d115b60656d96e2a42e35dac6cb499e6] => Array
        (
            [0] => 
        )

    [_oembed_time_d115b60656d96e2a42e35dac6cb499e6] => Array
        (
            [0] => 1696837820
        )

    [_thumbnail_id] => Array
        (
            [0] => 122506
        )

    [post_views_count_7_day_arr] => Array
        (
            [0] => a:7:{i:0;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749475427";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:13;i:1;}}i:1;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:2;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:3;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:4;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}i:5;a:3:{s:4:"date";s:10:"1749904545";s:5:"count";i:1;s:14:"per_hour_count";a:1:{i:12;i:1;}}i:6;a:2:{s:4:"date";i:0;s:5:"count";i:0;}}
        )

    [post_view_7days_last_day] => Array
        (
            [0] => 5
        )

    [post_views_count_7_day_last_date] => Array
        (
            [0] => 1749904545
        )

    [post_views_count_7_day_total] => Array
        (
            [0] => 2
        )

    [post_views_last_24_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

    [post_views_last_48_hours] => Array
        (
            [0] => 1
        )

)
Gara-gara ‘Persona’, Yonnyboii cipta sejarah peribadi di Putrajaya Challenge Park | Scoop

Gara-gara ‘Persona’, Yonnyboii cipta sejarah peribadi di Putrajaya Challenge Park

Biarpun ‘Persona’ menceritakan perjalanannya dalam mencari jati diri sebenar khasnya melalui muzik, namun Yonnyboii memilih lagu tentang isterinya, ‘Dilamun’ sebagai single pertama

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Majlis pelancaran ‘Persona’, album pertama Yonnyboii secara besar-besaran di Putrajaya Challenge Park mencipta sejarah peribadi buat penyanyi rapper itu kerana ia bertepatan dengan imej dan genre muzik dibawanya.

Disaksikan 300 tetamu yang terdiri daripada peminat dan rakan artis termasuk SXPH, Dmet Si Lain, Zahier, Nazar Hashi, Joe Ipoh, Fuad Saifullah, dan Mariss Khan pada malam Sabtu lalu, Yonnyboii turut menyanyikan beberapa lagu yang dimuatkan di dalam album tersebut.

Namun, seawal jam 4 petang lagi, venue itu dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk pertandingan skateboarding yang menyaksikan Yonnyboii turut bertindak sebagai salah seorang juri.

Majlis pelancaran dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk pertandingan skateboarding yang menyaksikan Yonnyboii turut bertindak sebagai salah seorang juri – Gambar Universal Music Malaysia, 9 Oktober, 2023

Menurut Yonnyboii, dia sudah lama memasang niat untuk mengeluarkan album solonya itu dan kemenangan di Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun lepas secara tidak langsung melonjakkan semangatnya untuk menyempurnakan demo yang pernah dihasilkan selama ini.

“Ada juga beberapa lagu yang dihasilkan saat akhir dan semuanya berlaku secara spontan kerana pada waktu itu isteri saya sedang hamil.

“Saya menjaga dia ketika itu sehinggalah dia melahirkan anak kami. Itulah perjalanan yang diceritakan di dalam album itu,” katanya.

Biarpun ‘Persona’ secara keseluruhan nuansanya menceritakan tentang perjalanan Yonnyboii dalam mencari jati diri sebenar khasnya melalui muzik, namun dia memilih lagu ‘Dilamun’ sebagai single pertama.

“Saya memilih ‘Dilamun’ kerana ia mengenai isteri saya. Saya mahu menghargai isteri saya yang bersusah-payah melahirkan cahaya mata kami.

“Tanpa isteri saya, album ini tak mungkin akan terhasil dengan sempurna. Penting untuk orang ramai tahu betapa saya sangat menghargai isteri saya yang tercinta,” katanya.

Selain itu, kata Yonnyboii, sebahagian besar rakaman album ini dilakukan di studio di rumahnya sendiri.

“Saya lebih selesa merakam di tempat sendiri. Namun ada juga beberapa lagu yang dirakam di studio luar dan studio kawan-kawan saya.

“Yang pasti studio profesional mempunyai kelengkapan yang lebih bagus. Itu tidak saya nafikan dan itu jugalah sebab utama saya bersikap lebih terbuka untuk merakam selain di rumah sendiri. Setiap studio mempunyai suasana berbeza dan memberi hasil berbeza,” jelasnya mengenai proses rakaman.

Kata Yonnyboii, sebahagian besar rakaman album ini dilakukan di studio di rumahnya sendiri – Gambar Universal Music Malaysia, 9 Oktober, 2023

Album ‘Persona’ dihasilkan Yonnyboii dengan menggunakan Digital (DKD) Muzik berjumlah RM200,000 daripada MyCreative Ventures di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) selepas dia merangkul kemenangan bagi kategori Album Terbaik di AIM ke-23 tahun lepas.

Ia berada di semua platform digital pada 22 September lalu dan turut menampilkan nama-nama terkenal dalam arena hip hop serantau termasuk rakan baik Yonnyboii sendiri seperti SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy King dan Adam E. – 9 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Last of the Kaamatan Bobohizan: traditions fade away as modernisation, other religions overshadow ancient rituals

As Sabah celebrates harvest festival, the cultural heritage of the Bobohizan priests is at risk, with few facing a battle to preserve their dying traditions

Muslim NGOs call on OIC to issue solidarity note for Palestinian fighters

Four Muslim non-governmental organisations (NGOs) have called upon the Organisation of Islamic Cooperation (OIC) to convene an emergency meeting to issue a solidarity note to the freedom fighters of Palestine.

[UPDATED] SMART Tunnel now reopened after flash flood closure

Areas in the Klang Valley are once again experiencing flash floods, with at least one road leading towards the SMART Tunnel being closed off due to rising water levels after heavy downpour.  

Related