KUALA LUMPUR – Kehadiran Sophia Albarakbah di konsert minggu ketiga Gegar Vaganza All Stars Musim 10 (GV10), menimbulkan pelbagai spekulasi kerana pelakon itu dianggap seolah-olah cuba menyemarakkan semula isu dan kontroversi gosip hubungannya dengan Aliff Aziz.
Apatah di saat Bella Astillah turut hadir pada acara berkenaan untuk memberikan sokongan kepada suami tercintanya itu.
Tenang berhadapan dengan perkara itu, Bella bagaimanapun dilihat memuatnaik hantaran yang berkait rapat dengan insiden tersebut melalui akaun Instagram miliknya, selepas acara terbabit selesai.

“Saya tidak bersaing dengan sesiapa. Saya tidak mempunyai keinginan untuk bermain game untuk menjadi lebih baik daripada sesiapa pun. Saya hanya cuba untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa:),” katanya.
Hantaran itu meraih pelbagai respon dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Bella untuk terus bertahan serta kuat berdepan situasi berkenaan, selain mengetepikan hal negatif yang mampu menjejaskan kesihatan diri dan mentalnya.
Malah, tidak kurang yang memberikan pelbagai nasihat kepada Bella supaya dia dapat menggunakan pertimbangan akal fikiran serta mampu melalui kehidupan dengan lebih tenang selepas ini.

Seperti mana kata @eiyra_aliera92: ‘Tak tahu la nak cakap apa tapi bagi sayalah, jadilah macan Puteri Sarah. Tak guna bertahan untuk benda yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri. Diri kita lagi penting. Mental kita, kesihatan kita kena utamakan.
“Halanglah macam mana, kalau diaorang nak macam ni, tak guna pertahankan. Dia pun akan dapat balasan nanti, lambat atau cepat je. Susah zaman sekarang ni. Muka lawa-lawa jadi penyondol. Sayang seribu sayang. Muka lawa, akal fikiran tak panjang. Sabar sis Bella, stay strong (tetap kuat)”.

@mrshamzah84 berkata: “Sila ketepikan tekanan yang tidak perlu terhadap suami anda kerana dia dalam pertandingan. Ketepikan fikiran negatif tentang masa lalu, biarkan masa lalu berlalu. Maju ke hadapan dan jangan mudah terpengaruh dengan orang lain. Anda adalah tulang belakang Aliff, percaya kepada dia dan serahkan segalanya kepada Allah swt. Anda seorang isteri dan mummy yang kuat.
Komen @farhanasukor pula berbunyi: “Biarla kat Peah tu Bella oi. Fokus diri sendiri dan anak-anak sudah. Laki ni kalau betul sayang dan setia, dia tak perlu buat pasangan dia rasa insecure.

Manakala @sweetsyafi pula memberikan pandangan: “Patutnya Aliff perlu lakukan sesuatu…Kalau dia pandai jaga perasaan bini, bini takkan stress macam ni…Ini bini pula kena berusaha keras nak pulihkan keadaan. Nak jaga hubungan. Rumah tangga takkan berjalan lancar kalau tiada kerjasama dari kedua belah pihak.
Kepada Aliff Aziz, tolong ambil kira kesihatan mental bini kau tersangat penting…Kau mungkin tak melayan Sophia tapi kau tak lakukan yang cukup-cukup yang boleh menenangkan Bella. Aku tahu sakitnya perasaan bila laki acuh tak acuh,” kata seorang netizen. – 11 Oktober, 2023