Amirul Haswendy terkilan pementasan Teater Bangsawan Dang Anum ditunda, isu lokasi dan kekangan dana antara punca

Teater Bangsawan Dang Anum yang sepatutnya dipentaskan selama dua hari mulai hari ini ditunda ke November depan

7:41 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Aktivis seni dan budaya, Amirul Haswendy mengakui terkilan apabila terpaksa menunda pementasan Teater Bangsawan Dang Anum terbitan dan arahannya pada bulan November akan datang.

Menurut Amirul, mengikut jadual pementasan teater bangsawan tersebut sepatutnya dipentaskan pada hari ini dan esok (14 dan 15 Oktober), namun atas sebab ketidaksesuaian lokasi dan isu kekangan dana, ia terpaksa ditunda.

“Sebetulnya untuk pementasan teater bangsawan ini, kita telah memohon dana Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) sejak hujung Ogos lalu.

“Apabila diberitahu secara verbal (lisan) bahawa permohonan kami telah diluluskan, kami tidak tidak mahu membuang masa dan terus memulakan kerja iaitu menyiapkan skrip, mencari pelakon dan memulakan latihan.

Mengikut jadual, pementasan teater bangsawan tersebut sepatutnya dipentaskan pada hari ini dan esok (14 dan 15 Oktober) – Gambar ihsan Amirul Haswendy, 14 Oktober, 2023


“Tapi setelah latihan minggu kedua berlangsung, masih tiada jawapan diterima bila kami akan dapat dana tersebut dan bila surat hitam putih akan dikeluarkan.

“Bila kami check, pihak Motac kata, kami kena tunggu pengagihan sebanyak RM25 juta kepada batch pertama dan batch kedua selesai dahulu,” katanya.

Kesal dengan perkara itu, Amirul berkata, mereka juga dimaklumkan kertas cadangan projek (project proposal) mereka itu ditolak ke batch ketiga bersama 104 kertas cadangan daripada NGO, persatuan seni dan budaya lain.

“Namun, untuk semua project proposal batch ketiga pula, Motac terpaksa meminta penambahan dana dan pengagihannya akan dapat diketahui pada bulan depan.

“Bila dapat tahu tentang perkara itu, kita terpaksa menunda pementasan teater bangsawan ini kerana kalau kita teruskan juga, ia akan menyukarkan proses mendapatkan dana GSSK batch ketiga khususnya untuk mendapatkan claim bagi bayaran duit yang dikeluarkan daripada duit kocek sendiri dahulu.

“Sebabnya, MOTAC mahu menyelesaikan dahulu pembayaran akhir bagi batch pertama dan batch kedua melalui laporan projek proposal setiap NGO dan persatuan seni budaya yang terlibat,” katanya.

Amirul Haswendy berkata, pementasan teater bangsawan terpaksa ditunda kerana kalau diteruskan juga, ia akan menyukarkan proses mendapatkan dana GSSK batch ketiga – Gambar ihsan Amirul Haswendy, 14 Oktober, 2023

Dalam pada itu, Amirul berkata lagi, penundaan itu juga dilakukan kerana lokasinya iaitu di Auditorium Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia di Bukit Kiara tidak sesuai untuk dijadikan lokasi pementasan teater bangsawan.

“Auditorium itu memang cantik tapi ia lebih sesuai untuk pementasan teater tetapi bukan teater bangsawan sebab mementaskan teater bangsawan ini formatnya agak berbeza. Ia banyak bermain dengan props, curtain call, kemunculan extra turn serta set kostum yang banyak.

“Memandangkan barisan pelakon yang saya ketengahkan ini adalah dari kalangan mereka yang berpengalaman bermain teater bangsawan, misalnya Along Eyzendy dan Azizul Ammar, saya tidak mahu merosakkan nama mereka apabila apa yang dipentaskan nanti tidak menjadi pentas bangsawan sepenuhnya.

“Daripada saya dikritik nanti, lebih baik pementasan ini ditunda dan kalau nak cari lokasi lain pada saat-saat akhir memang sukar. Semua tempat seperti PJ Pac, KL Pac, Matic, Istana Budaya, Stor DBP dan Panggung DBKL sudah penuh,” katanya.

Pementasan Teater Bangsawan Dang Anum diterbitkan di bawah produksi Persatuan Seni dan Budaya Redholah (The Redholah) milik Amirul yang pernah menjadi seorang wartawan hiburan. – 14 Oktober, 2023

Topics

 

Popular

Sarjit admits tough Australia tour key to Speedy Tigers’ growth

National coach prioritises player development over results in challenging six-match series

Kelantan, Terengganu PKR heads defend division chief posts

Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor retains position in Tanah Merah while Ahmad Nazri Mohd Yusof retains Kemaman

Rasuah: bekas Hakim Mahkamah Sesyen jalani hukuman penjara 6 bulan, denda RM25,000

Hakim Mohd Nazlan berkata kesalahan rasuah adalah serius yang mengganggu gugat pertumbuhan ekonomi, apatah lagi dilakukan oleh seorang yang menjalankan tanggungjawab kehakiman

Related